KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak pernah mengeluarkan senarai nama petugas atau pengurus jenazah di Unit Forensik hospital di negeri ini.
Timbalan Yang Dipertua Maik, Zulkifle Ab Rahman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini hussin, dalam satu kenyataan bersama, berkata pihak mereka memandang serius isu bayaran pengurusan jenazah pesakit COVID-19 khususnya caj tayamum yang agak tinggi yang diperkatakan ketika ini.
"Sehubungan itu, tidak ada senarai petugas yang dikeluarkan oleh Maik kecuali makluman tentang kesediaan pihak Maik membantu urusan ini melalui pegawai masjid di bawah Maik, khususnya Pegawai Masjid Bandar dan Jajahan.
"Pihak Maik dan JKNK juga mengambil maklum bahawa terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang memberikan khidmat pengurusan jenazah secara percuma di negeri Kelantan termasuk di hospital-hospital," kata mereka dalam kenyataan itu.
BACA: Kos urus jenazah pesakit COVID-19 melampau, aniaya keluarga - NGO
BACA: Kos urus jenazah: HRPZII tidak kenakan bayaran guna fasiliti - Pengarah
Dalam pada itu, mereka juga memandang serius kenyataan pihak tertentu yang cuba mengaitkan nama Maik dan JKNK secara tidak bertanggungjawab dalam isu berkenaan.
"Maik ingin menjelaskan bahawa pihak Maik dan JKNK sentiasa bekerjasama rapat dalam menangani isu-isu berkaitan COVID-19.
"Maik melalui pegawai-pegawai masjid khususnya Pegawai Masjid Bandar dan Jajahan sentiasa bersedia untuk menguruskan jenazah pesakit COVID-19 di hospital khususnya urusan tayamum dan solat jenazah sekiranya dihubungi oleh pihak berkaitan sama ada waris kepada si mati atau pihak hospital.
"Maik juga sudah mengedarkan surat makluman kepada semua pengarah hospital di Kelantan berkaitan harga atau saguhati yang telah diselaraskan untuk petugas tayamum sekiranya khidmat mereka diperlukan.
"Perlu ditegaskan dalam hal ini, tiada apa-apa bayaran yang dikenakan oleh Maik dan JKNK ke atas waris. Bayaran saguhati sepatutnya dibayar terus oleh waris kepada petugas yang menyempurnakan tayamum tersebut," kata mereka.
BACA: "RM1,400 sangat mahal" - Waris mangsa COVID-19 kesal kos tayamum membebankan
Mereka turut menyeru semua pihak yang terlibat terutamanya waris untuk menghubungi Pegawai Masjid Bandar dan Jajahan di seluruh negeri Kelantan untuk mengurus jenazah pesakit COVID-19.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, mengenai bayaran pengurusan jenazah sebahagian pesakit COVID-19 di negeri ini iaitu antara RM1,300 hingga RM1,800 yang disifatkan melampau, sehingga menekan keluarga golongan kurang berkemampuan.
Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tengku Harith Team Ventures, dilaporkan mendakwa bayaran itu pula bukan kos keseluruhan sehingga pengebumian, sebaliknya hanya membabitkan urusan memandikan jenazah menggunakan kaedah tayamum dan mengkafankannya sahaja.
Semalam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dalam satu kenyataan menegaskan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk penggunaan fasiliti dan utiliti bagi urusan menyempurnakan jenazah pesakit COVID-19 di hospital itu.
Pengarahnya, Datuk Dr Selasawati Ghazali, menjelaskan pengurusan jenazah bukanlah perkhidmatan yang disediakan oleh hospital berkenaan.
Namun, pihaknya menyediakan kemudahan berkenaan di Jabatan Forensik tanpa mengenakan bayaran untuk kos fasiliti dan juga utiliti.
Muhafandi Muhamad
Thu Aug 12 2021
Maik dan JKNK sentiasa bekerjasama rapat dalam menangani isu-isu berkaitan COVID-19 termasuk pengurusan jenazah pesakit. - Gambar/ Tengku Harith Team Ventures
Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam'atau penipuan melalui panggilan telefon,
Polis Israel lerai penunjuk perasaan anti-kerajaan
Polis Israel menolak dan menyembur penunjuk perasaan dengan meriam air semasa protes anti-kerajaan di Tel Aviv pada Sabtu.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
PH pertahan DUN Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkongsi pandangan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan PH berjaya mempertaahankan kerusi berkenaan.
Dituduh jadi 'badi' dalam keluarga, ibu tergamak buang anak OKU dalam lubuk buaya
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Vinod disahkan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.
Hari Ibu: Raja Permaisuri Agong berangkat ke sambutan peringkat kebangsaan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 Di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Lppkn) Di Ayer Keroh, Melaka.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Kos urus jenazah: Siasatan sedang dijalankan, pihak terlibat akan dipanggil
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan memanggil pihak terlibat dalam masa terdekat.
Kos urus jenazah: Maik tidak pernah keluar senarai nama pengurus jenazah
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak pernah mengeluarkan senarai nama petugas atau pengurus jenazah di Unit Forensik hospital di negeri ini.
Kos urus jenazah pesakit COVID-19 melampau, aniaya keluarga - NGO
Keadaan itu memaksa keluarga yang tidak mampu memohon bantuan badan amal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).