awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotor dan guna logo halal tanpa kebenaran, kilang kicap diarah tutup

Bernama
Bernama
22/10/2020
08:05 MYT
Kotor dan guna logo halal tanpa kebenaran, kilang kicap diarah tutup
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKN Mohd Wazir Khalid melakukan pemeriksaan dalam satu operasi di sebuah premis memproses kicap dan sos. - Bernama
BUKIT MERTAJAM:Sebuah kilang kicap yang terletak di Kuala Mengkuang telah diarahkan tutup, dalam sebuah Op Sepadu hari ini setelah didapati melakukan pelbagai kesalahan.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata, operasi itu dijalankan setelah pihaknya menerima aduan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat pemeriksaan kebersihan di premis tersebut.
"Hasil serbuan mendapati aduan adalah positif. Kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan besar iaitu premis perumahan dijadikan tempat pemprosesan soya (kilang), struktur bangunan yang tidak selamat, penyimpanan bahan-bahan makanan dan tong-tong kicap yang tidak bersih, perkakas berkulat dan penemuan najis tikus serta pembiakan jentik-jentik.
"Kita juga mendapati logo Halal dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), digunakan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kita telah selidik dan mendapati mereka tiada kelulusan, jadi kita akan panjangkan hal ini kepada unit yang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan serbuan di sini hari ini.
Operasi hari ini telah dianggotai oleh 12 orang pegawai daripada JKN Pulau Pinang, lima pegawai daripada KPDNHEP dan dua pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Antara kesalahan lain yang didapati ialah, pemilik premis telah menggaji pekerja tanpa suntikan tifoid, sistem pendawaian elektrik juga didapati tidak stabil dan dikhuatiri mampu mengakibatkan litar pintas.
Mohd Wazir berkata, penutupan premis maksimum 14 hari itu dilakukan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sebanyak dua notis telah dkeluarkan dengan nilai kompaun mencecah RM5,500.
"Satu lagi kompaun telah dikeluarkan oleh KPDNHEP atas kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, kerana menggunakan logo Halal tanpa kebenaran. Kes ini akan dilanjutkan ke mahkamah," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemilik premis supaya sentiasa menjaga tahap kebersihan premis, agar tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Katanya biarpun majoriti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sibuk menangani kes COVID-19, namun bahagian penguatkuasaan juga giat menjalankan pemeriksaan di premis-premis, supaya kesihatan dan keselamatan pengguna terjaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang kicap
#logo halal
#kuala mengkuang
#op sepadu
#Jabatan Kesihatan Negeri
#pulau pinang
#premis kotor
#najis haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan