PUTRAJAYA: Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah (KP) JPJ Datuk Rospiagus Taha.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pasukan petugas khas itu semenangnya memerlukan penglibatan penuh JPJ yang mempunyai maklumat dan akses berkaitan dakwaan salah laku yang disiasat.
Beliau berkata Rospiagus yang menganggotai pasukan petugas khas itu baru dilantik sebagai KP JPJ pada 19 Jun lepas dan tidak mempunyai kepentingan dalam isu disiasat.
"Pertamanya (pasukan petugas khas) perlu dianggotai okeh KP JPJ dan KP sekarang adalah KP baru... jadi yang disebut isu itu daripada 2016, KP JPJ ini tiada kepentingan.
"Sudah tentu perlu ada penglibatan JPJ (dalam pasukan petugas) sebab dia ada kepentingan maklumat, data dan lain-lain. Kalau tiada penglibatan JPJ macam mana nak akses maklumat," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Parti DAP 2023 di sini hari ini.
Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan penglibatan KP JPJ dan jabatan itu dalam pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.
Jumaat lepas, Loke mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.
Beliau berkata perkara itu dibangkitkannya dalam mesyuarat pasca Kabinet susulan pendedahan dokumen dikenali sebagai 'JPJandora Papers' yang dibuat saluran Telegram Edisi Siasat.
Edisi Siasat mendakwa wujud skandal JPJ apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit, dengan kegiatan itu dikatakan didalangi pegawai JPJ sendiri.
Turut disertakan dokumen 28 muka surat dikenali 'JPJandora Papers' yang antara lain memaparkan senarai nombor plat kenderaan klasik yang didakwa dipunggah keluar, didaftarkan hak milik serta termasuk ada yang sudah dijual dengan harga amat lumayan sama ada kepada individu atau syarikat.
Dokumen itu turut memperincikan jumlah nombor yang disenarai berdasarkan tahun iaitu sejak 2007, selain mengikut negeri dengan Selangor, Perak dan Johor antara paling tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Beliau berkata Rospiagus yang menganggotai pasukan petugas khas itu baru dilantik sebagai KP JPJ dan tidak mempunyai kepentingan dalam isu disiasat.- Gambar fail/Bernama
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Nombor plat klasik: SPRM "masuk" jika wujud elemen salah guna kuasa, rasuah
SPRM akan "masuk" untuk melakukan siasatan berkaitan isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah.
KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik - Loke
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah (KP) JPJ.