PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
"Yelah, betul. Bahagian Komunikasi Korporat (SPRM) akan keluarkan kenyataan (rasmi) nanti," katanya ringkas ketika dihubungi sama ada Mohd Shukri yang hadir memberi keterangan di SPRM telah dibebaskan dengan jaminan atau sebaliknya.
Terdahulu, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 9.50 pagi tadi.
Difahamkan, kenderaan membawa Mohd Shukri dilihat keluar pada jam 6.50 petang.
Dua hari lepas SPRM mengesahkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.
Sumber SPRM berkata, pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini.
-- Bernama
Bernama
Tue Apr 30 2024

Mojhd Shukri keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 6.50 petang. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

Lawatan Anwar ke Thailand perkukuh hubungan dua hala, fokus isu Myanmar, pelaburan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan rasmi beliau ke Thailand membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

45 pekerja asing ditahan dalam serbuan di restoran Arab popular Bukit Bintang
Jabatan Imigresen menahan 45 warga asing selepas menyerbu lapan premis menjual makanan Arab popular di Bukit Bintang, di sini semalam.

Dua maut, dua parah dalam kemalangan di Bintulu
Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kereta di hadapan persimpangan lampu isyarat Paragon, di sini malam tadi.

Mayat remaja terjatuh muara sungai ketika memukat ditemui
Remaja lelaki berusia 15 tahun yang terjatuh ke muara sungai ketika memukat bersama abang dan sepupu lelakinya di Jalan Batu Kawan di sini petang semalam, ditemukan lemas awal pagi ini.

PM Anwar hadir rumah terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI di sini, dal
UNIDO kecam kenaikan, serus kerjasama global
Tarif berkenaan meningkatkan kos pengeluaran industri, sekali gus menjejaskan kecekapan ekonomi, mengurangkan manfaat perdagangan serta melemahkan daya saing

PRN Sabah: GRS akan bincang kerjasama dengan PH
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama antara kedua-dua gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Volkswagen berunding dengan Kerajaan Amerika Syarikat
Syarikat pembuat kereta dari Jerman itu sedang menjalankan rundingan konstruktif bersama pentadbiran Amerika Syarikat susulan pengumuman tarif ke atas barangan import yang diumumkan oleh Donald Trump.
Nahas dua kenderaan, dua wanita maut
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada jam 11.57 malam.
Kemakmuran ekonomi dan perpaduan sarawak harus disyukuri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemakmuran ekonomi serta perpaduan yang dirasai oleh rakyat bumi kenyalang harus disyukuri dan lebih penting, tidak kufur dengan nikmat tersebut.

Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui kepimpinan parti itu tidak sempurna dan sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli serta perwakilan.

Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.

KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.

Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
![[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman [KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714456434_MOHDSHUKRIRAMLIjp.jpg)
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.

Hamzah beri bayangan MB Perlis daripada Pas jika PN menang PRU15
Selaku 'abang' dalam PN, calon daripada Pas dilihat lebih sesuai memegang jawatan berkenaan, kata Hamzah.

MB Perlis, Azlan Man dan Sova Ali sah cerai talak satu
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Sova Ali, hari ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat selepas melayari bahtera perkahwinan selama 12 tahun.

Penglibatan pelbagai semua pihak perlu untuk jayakan RKK Kota Raja-Pauh Putra - MB Perlis
Penglibatan semua pihak termasuk orang awam diperlukan bagi menjayakan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kota Raja-Pauh Putra, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

MB Perlis jalani kuarantin di rumah
Azlan berkata beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pagi tadi.

Lima termasuk seorang pelajar perempuan positif COVID-19 - MB Perlis
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kesemua mereka dilaporkan berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.