awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN ambil tindakan kedai makan didakwa kenakan bayaran mahal

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2023
10:15 MYT
KPDN ambil tindakan kedai makan didakwa kenakan bayaran mahal
Dalam hantaran di akaun Instagramnya, Ekin atau nama sebenarnya Nora Asikin Rahmat turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengeluarkan notis kepada kedai makanan laut di bandar raya ini yang didakwa mengenakan bayaran mahal.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.
"Premis juga diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya mengemukakan maklumat untuk pengiraan pencatutan.
"Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Kes masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sebelum itu, isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin memuat naik hantaran di media sosial dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj melampau sebuah kedai makan di Johor Bharu.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya, Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.
“Paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor ya,” tulisnya yang turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Selepas itu, kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di Johor Bharu tampil membuat penjelasan pada petang Rabu.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi laman sosial itu, wanita berkenaan turut memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin dan hampir 20 ahli keluarganya yang lain pada Sabtu lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kpdn
#kedai makanan laut
#Ekin
#Mawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan