awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN cadang tubuh jawatankuasa selesai isu industri muzik rakaman

Bernama
Bernama
28/02/2023
23:08 MYT
KPDN cadang tubuh jawatankuasa selesai isu industri muzik rakaman
Salahuddin hadir pada sesi Townhall Pengkarya di Putrajaya, semalam. - Facebook Azman Mohd Yusof
PUTRAJAYA: Satu jawatankuasa bertindak bagi membincangkan isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air akan ditubuhkan dalam masa terdekat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, isu bayaran dan pengiraan royalti serta penubuhan badan tunggal untuk menyelesaikan isu badan pelesenan serta melindungi hak para pemilik hak cipta adalah antara perkara yang akan dibincangkan untuk dicari penyelesaian oleh jawatankuasa itu.
Salahuddin mencadangkan jawatankuasa itu dianggotai enam wakil penggiat muzik rakaman daripada bidang penulis lagu dan lirik, syarikat rakaman dan pelaku rakaman serta tiga wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Isu lama pengiraan royalti nampak tidak adil, ada diskriminasi, kita nak elak mana-mana pihak menuding jari antara satu sama lain.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk menyelesaikan isu dalam industri untuk semua sekali," katanya dalam sidang media selepas Program Daya Kreatif: Townhall Pengkarya (Penggiat Muzik Rakaman) di sini semalam.
Mengenai sesi townhall bersama lebih 80 pengkarya itu, Salahuddin berkata beliau mengambil maklum isu yang dibangkitkan dan memaklumkan KPDN mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu tersebut.
Antara pengkarya yang hadir pada sesi townhall itu ialah Datuk Nora Ariffin, Aris Ariwatan, Altimet dan Dangsuria Zainurdin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri muzik rakaman
#Salahuddin Ayub
#jawatankuasa bertindak
#royalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan