MALAYSIA
KPDN Kelantan serbu restoran guna logo halal tidak sah

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelanggaran Perintah 8 (a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. - Gambar/ KPDN Kelantan
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu sebuah restoran di sini semalam kerana disyaki menggunakan logo halal tidak sah.
Ringkasan AI
- KPDN Kelantan bersama JAHEAIK dan MPKB-BRI menyerbu sebuah restoran di Kota Bharu kerana disyaki menggunakan logo halal tidak sah.
- Pemeriksaan mendapati pelanggaran Perintah 8(a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, dengan rampasan termasuk lesen perniagaan dan bahan promosi bernilai RM50.
- Tindakan lanjut akan diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi memastikan pematuhan terhadap penggunaan logo halal yang sah.
"KPDN merampas salinan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan lesen pihak berkuasa tempatan serta pelekat dan kain rentang tertera logo perbahasan halal dengan nilai rampasan RM50," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata tindakan selanjutnya akan diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami