awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 11,000 kes tangkapan ular direkodkan di Kelantan tahun lepas - APM
Ancaman bom dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines ke Barcelona
Dua wanita Indonesia mangsa eksploitasi buruh paksa diselamatkan - KP Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak bongkar sindiket penyelewengan diesel di Ipoh

Bernama
Bernama
15/01/2026
13:30 MYT
KPDN Perak bongkar sindiket penyelewengan diesel di Ipoh
Menurut Kamalludin, sindiket itu beroperasi aktif pada waktu lewat malam untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. - Gambar KPDN Perak
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak merampas 1,400 liter cecair disyaki minyak diesel dalam satu serbuan di Kampung Kepayang, di sini, pada 9 malam semalam.

Ringkasan AI
  • KPDN Perak merampas 1,400 liter cecair diesel dalam serbuan di Kampung Kepayang, Ipoh, menyita nilai rampasan RM35,110.
  • Diesel dipercayai diperoleh dari stesen minyak berhampiran dan dijual pada harga lebih tinggi kepada industri, terlibat kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961.
  • Sindiket tersebut beroperasi aktif pada waktu lewat malam, risiko penjara hingga lima tahun atau denda RM3 juta jika disabitkan kesalahan.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan itu dilaksanakan hasil maklumat risikan dan pemantauan selama dua minggu oleh pasukan penguat kuasa kementerian bagi membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar Ipoh.
"Ketika pemeriksaan dijalankan, diesel berkenaan ditemui dalam sebuah tangki minyak tambahan berkapasiti 2,000 liter. Susulan itu, KPDN Perak menyita 1,400 liter cecair disyaki diesel, sebuah lori tiga tan serta dua tangki IBC lengkap dengan pam, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM35,110," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Kamalludin, sindiket itu beroperasi aktif pada waktu lewat malam untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Diesel berkenaan dipercayai diperoleh daripada beberapa stesen minyak di kawasan berhampiran dan melibatkan pemandu lori yang tidak amanah, sebelum dipindahkan ke tangki tambahan yang diubah suai pada kenderaan dan diagihkan di pasaran gelap," katanya.
Beliau menambah siasatan awal mendapati sindiket itu memperoleh bekalan diesel pada harga sekitar RM1.50 seliter dan menjualnya kepada pihak industri, khususnya kuari di sekitar Simpang Pulai, pada harga kira-kira RM2.00 seliter.
"Kes ini disiasat di bawah kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan individu penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya.
"Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan individu.
"Bagi kesalahan syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM5 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#kos sara hidup
#pasaran gelap
#bekalan diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan