BUKIT MERTAJAM: Sebuah premis menjual 'gutkha' tiruan di Jalan Aston, Bukit Mertajam, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, semalam.
Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, 'gutkha' ialah campuran pinang, tembakau dan kapur yang biasanya dimakan oleh warga asing.
Serbuan KPDN bersama wakil pengadu iaitu sebuah syarikat swasta sekitar jam 1 tengah hari telah merampas 'gutkha' tiruan bernilai RM23,270.
"Serbuan adalah hasil daripada maklumat pemilik cap dagangan berdaftar barangan terbabit serta risikan awal yang telah dilakukan beberapa hari sebelum tindakan dilakukan.
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan barangan 'gutkha' berjenama tiruan berjumlah 358 bungkus yang menggunakan cap dagangan berdaftar dengan salah di bawah Akta Cap Dagang 2019," Katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Jegan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.
Jika sabit kesalahan, pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu, manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, ia boleh didenda tidak melebihi RM30,000.
Sementara bagi bukan pertubuhan perbadanan pula, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, Jegan berkata, pihak KPDN memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 21 2023
KPDN bersama wakil pengadu iaitu sebuah syarikat swasta sekitar jam 1 tengah hari semalam telah merampas 'gutkha' tiruan bernilai RM23,270. - Gambar/ KPDN
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
KPDN rampas 'gutkha' tiruan
Sebuah premis menjual 'gutkha' tiruan di Jalan Aston, Bukit Mertajam, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, semalam.