PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas sebanyak 3,043 unit alat ganti kenderaan jenama Hyundai dan KIA disyaki tiruan bernilai RM240,792 dalam dua serbuan berasingan di Batu Caves, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur, minggu lepas.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata dalam serbuan 7 Feb lalu, alat ganti tersebut ialah penapis minyak, penapis angin dan tali sawat.
Beliau berkata serbuan oleh sepasukan penguat kuasa KPDN Putrajaya itu adalah berdasarkan risikan awal yang dilakukan beberapa hari sebelum serbuan selepas menerima aduan daripada pemilik cap dagangan berdaftar barangan terbabit.
Katanya, pegawai penguat kuasa menahan dua lelaki tempatan berusia 30 dan 40 tahun yang masing-masing mengaku sebagai pemilik premis berkenaan serta menyita beberapa dokumen perniagaan.
"Individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Akta berkenaan memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi setiap barang tiruan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau menasihatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati ketika membeli alat ganti kenderaan sama ada di premis atau secara dalam talian selain tidak menyokong sebarang aktiviti penjualan barangan tiruan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kerugian serta menjejaskan keselamatan.
Sementara itu, Azman berkata pihaknya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di Kampung Balik, Bukit, Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang, kelmarin.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, katanya, anggota penguat kuasa dari KPDN Putrajaya menyita 22,00 liter minyak diesel selain sebuah lori tangki, dua lori bertutup kanvas, beberapa tangki yang kosong dan berisi minyak diesel dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM161,00 manakala lima lelaki berusia 35 hingga 45 tahun berada di premis berkenaan, dipercayai sedang melakukan aktiviti pemindahan diesel, ditahan," katanya.
Menurutnya, pihak premis gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Azman Adam berkata, pegawai penguat kuasa menahan dua lelaki tempatan berusia 30 dan 40 tahun yang masing-masing mengaku sebagai pemilik premis berkenaan serta menyita beberapa dokumen perniagaan. -Gambar fail/Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.