awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing

Bernama
Bernama
20/07/2024
12:33 MYT
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi. - KPDN Melaka
JASIN: Seorang peniaga lelaki tempatan berdepan tindakan kerana hanya menjual minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyerbu gerai makanan di sebuah medan selera di Merlimau hari ini.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
Beliau berkata menerusi risikan dan penyamaran serta uji beli yang dijalankan sejak seminggu lepas, peniaga berkenaan didapati tidak menjual minyak peket bersubsidi satu kilogram kepada warga tempatan, sebaliknya hanya menjual kepada warga asing yang membuat tempahan awal.
"Siasatan awal mendapati pemilik premis perniagaan tempat suspek berniaga disyaki milik pasangan warga asing dan perbuatan itu bertujuan untuk membantu warga asing yang tinggal di kawasan berdekatan.
"Kita menemukan 23 peket minyak masak bersubsidi yang disorokkan di premis itu dan siasatan awal sumber bekalan minyak itu diperoleh masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#jual minyak masak bersubsidi
#warga asing
#Akta Kawalan Bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan