PUTRAJAYA: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang dilakukan satu sindiket di sebuah premis di Klang terbongkar apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor pada 16 April lepas.
Serbuan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 48 tahun dan 67 tahun bagi membantu siasatan.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata modus operandi sindiket dengan menggunakan pelbagai nombor pendaftaran kenderaan palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan menjadikan lokasi serbuan yang merupakan stor haram sebagai tempat menyimpan serta memindahkan minyak diesel bersubsidi sebelum dijual di pasaran gelap.
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis itu, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti dianggarkan berjumlah 9,000 liter serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata sebuah lori, beberapa buah tangki jenis Intermediate Bulk Container (IBC) dan skid tank yang mengandungi minyak diesel, motor pam serta beberapa dokumen berkaitan dan peralatan lain yang dijumpai di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.
Dianggarkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM88,300 manakala kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti itu dan rantaian pengedaran minyak diesel berkenaan, termasuk sumber minyak diesel diperolehi dan diedarkan.
Selain itu, beliau berkata syarikat juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Modus operandi sindiket adalah menggunakan pelbagai nombor pendaftaran kenderaan palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan menjadikan lokasi serbuan yang merupakan stor haram.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
KPDN tumpas kegiatan seleweng diesel subsidi di Klang
Serbuan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.
Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi
Seorang pemandu bas persiaran warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Khamis, atas pertuduhan menyeleweng 500 liter minyak diesel bersubsidi.