awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN tumpas sindiket ubah suai tangki kapal seleweng diesel

Bernama
Bernama
15/05/2025
05:20 MYT
KPDN tumpas sindiket ubah suai tangki kapal seleweng diesel
KPDN Perak membongkar modus operandi sindiket mengubah suai tangki kapal untuk memuatkan lebih banyak diesel. - Gambar/ KPDN
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menggagalkan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan mengubah suai tangki kapal bagi memuatkan lebih banyak bahan api itu dalam serbuan di sebuah premis di Pantai Remis, semalam.

Ringkasan AI
  • KPDN Perak menggagalkan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan mengubah suai tangki kapal. Serbuan di Pantai Remis merampas 50,900 liter diesel dan peralatan bernilai RM355,040.
  • Sindiket mengubah suai tangki kapal untuk memuatkan lebih banyak diesel, membeli minyak menggunakan kuota kapal lain pada harga subsidi, dan menjualnya kepada pihak industri.
  • Seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun ditahan, kapal pukat hanyut dan peralatan penyedut minyak disita. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalluddin Ismail berkata hasil serbuan pada 10.30 pagi itu, pihaknya merampas 50,900 liter cecair disyaki diesel dan peralatan lain dianggarkan bernilai RM355,040.
"Berdasarkan pemeriksaan dan maklumat risikan, modus operandi sindiket ini didapati adalah mengubah suai tangki kapal sebenar dengan had 3,000 liter kepada tangki tambahan berkapasiti 7,000 liter.
"Minyak diesel disyaki dibeli menggunakan kuota kapal lain pada harga subsidi dan kemudian dijual kepada pihak industri di sekitar Pantai Remis," katanya dalam kenyatan hari ini.
Beliau berkata ketika serbuan, didapati sebuah kapal sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel dari tangki kapal ke sebuah tangki skid menggunakan hos dan pam penyedut.
"Pemeriksaan turut menemukan dokumen pembelian dan penjualan serta kad kuota kapal lain yang disyaki digunakan untuk penyelewengan itu.
"Premis terbabit turut mempunyai premit menyimpan barang kawalan berjadual diesel tidak bersubsidi dengan had kuantiti simpanan 58,000 liter untuk kegunaan kapal nelayan kategori C2," katanya.
Susulan itu, katanya seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang mengaku pemilik premis telah ditahan manakala sebuah kapal pukat hanyut dan peralatan penyedut minyak disita untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seleweng diesel
#kpdn
#ubah suai tangki kapal
#modus operandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami