KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen ke atas mana-mana individu yang menjual atau menyewa lesen perniagaan runcit secara 'Ali Baba' kepada orang asing, khususnya di pekan sempadan.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Azman Mohd Yusof berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain semata-mata bagi meraih keuntungan mudah.
Beliau berkata pihaknya mengambil berat kebimbangan yang disuarakan peniaga tempatan pekan sempadan di Kelantan, Kedah dan Perlis terhadap kebanjiran peniaga warga asing selepas pembukaan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.
"Bagi peniaga tempatan yang menjual atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada warga asing, tindakan pembatalan lesen operasi perniagaan juga boleh dilaksanakan oleh pihak PBT (pihak berkuasa tempatan)," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Azman berkata kerajaan hanya membenarkan warga asing yang memegang pas penggajian kategori satu iaitu bergaji RM10,000 ke atas dan kategori dua (RM5,000 ke atas) untuk membuka perniagaan di negara ini.
"Garis panduan penyertaan asing dalam sektor perdagangan dan pengedaran di Malaysia juga telah menyenaraikan warga asing tidak dibenarkan membuka kedai runcit, gerai dan lain-lain perniagaan kecil," katanya.
Azman berkata bagi membendung perkara tersebut, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku kementerian yang mengawal selia PBT, selain menjalin kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
"Kerjasama ini diharap dapat memastikan bahawa tiada peniaga warga asing dibenarkan untuk membuka perniagaan peruncitan kecil di kawasan mereka (PBT)," katanya.
Katanya JIM membantu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuat tapisan awal permohonan perniagaan oleh warga asing bagi memastikan hanya mereka dalam bidang yang dibenarkan sahaja boleh membuka perniagaan di negara ini.
Orang ramai boleh membuat aduan kepada kementerian jika ada warga asing yang membuka perniagaan runcit di kawasan mereka dan aduan di peringkat negeri boleh disalurkan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP), tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Azman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain semata-mata bagi meraih keuntungan mudah. - Facebook Azman Mohd Yusof

Pelancaran GRS | Yakub harap kerjasama GRS-BN bertambah baik
Yakub yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah mengalu-alukan pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti rasmi esok. Sambil menyatakan akan hadir pada majlis itu, Yakub berharap jalinan kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional (BN) akan bertambah baik demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Buka Sempadan | Kadar pengangguran berkurangan
Tempoh peralihan ke fasa endemik dilihat membantu merancakkan semula aktiviti ekonomi sekali gus mengurangkan jumlah pengangguran di Sabah. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan, hal itu disokong oleh beberapa inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri bagi memacu peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pelancongan | Matunggong mampu jadi destinasi pilihan
Pembabitan lebih ramai penduduk setempat selaku pengusaha pelancongan mampu mengangkat daerah Kudat dan Matunggong sebagai destinasi pelancongan luar bandar menarik di Sabah. Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata dua daerah itu mempunyai banyak kawasan unik untuk dijadikan daya tarikan industri pelancongan baharu di Sabah.

Jana Pendapatan | Sabah perkukuh pelancongan dengan Korea Selatan
Sabah terus meneroka dan memperkukuh kerjasama pelancongan antara Sabah dan Korea Selatan. Malah pembukaan sempadan memberi kesan langsung kepada kedua-dua negara sekali gus menjana pendapatan negeri. Menyambut ketibaan 185 pelancong Korea Selatan dengan pesawat Jin Air dari Incheon, Seoul di KKIA, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yakin ini adalah petanda baik kepada sektor pelancongan tempatan.

Gempa bumi landa Timor Timur, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa berlaku pada kedalaman 51.4 kilometer dari hujung timur Pulau Timor yang terbelah antara Timor Timur dan Indonesia.

Jelajah FtRoadPedia | Tinjau keadaan sebenar jalan di Sabah
Dalam Program Jelajah FtRoadPedia Sabah, Fadillah bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya akan menempuh sendiri perjalanan sejauh 333 kilometer dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Pada hari pertama, tinjauan lokasi adalah di pakej kerja menaik taraf Jalan Kinabatangan ke Batu 32.

Pan Borneo Sabah | Peruntukan RM12.7 bilion diluluskan, belum muktamad
Peruntukan 19 pakej lebuh raya Pan Borneo fasa pertama di Sabah bernilai 12.7 bilion ringgit telah diluluskan kerajaan. Bagaimanapun kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof jumlah itu adalah anggaran awal yang diberikan tetapi masih belum dimuktamadkan kerana mengambil kira kaedah perolehan. Malah dengan kelulusan ini, Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) yang dicadangkan sebelum ini tidak akan diguna pakai.

Infrastruktur | Jangan biar karenah birokrasi sabotaj pembangunan
Karenah birokrasi dan syarat ditetapkan jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan hanya akan membantutkan pembangunan ekonomi Sabah.

PRU15: Selesa bertanding di Jerlun berbanding Langkawi - Mukhriz
Menurut beliau, kawasan Jerlun lebih dekat dengan dirinya memandangkan telah beberapa kali menjadi calon dan menang di kerusi berkenaan.

PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo pada Jumaat, mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf.

KPDNHEP gesa 90 Parlimen segerakan lantikan PKP
Ia perlu dipercepatkan agar dasar dan usaha kerajaan dalam membela hak pengguna dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Isu kekurangan bekalan ayam dijangka selesai bulan depan - Timbalan Menteri
Berdasarkan pemantauan ketika ini, gangguan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan sudah semakin pulih.

Bekalan ayam mentah masih ada, harga jualan meningkat akibat permintaan tinggi
Stok ayam yang terhad disebabkan permintaan tinggi menyebabkan peniaga terpaksa menamatkan operasi lebih awal daripada biasa.

Kekurangan bekalan: Ada peniaga jual ayam melebihi harga siling
Kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

'Tak logik eksport ayam ketika bekalan dalam negara tidak cukup'
Pemain industri sepatutnya boleh menjangkakan langkah drastik itu akan diambil kerajaan ekoran desakan ketiadaan bekalan ayam yang mencukupi.

Ops Pantau: KPDNHEP rampas barangan lebih RM13.32 juta
Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu adalah bagi pencapaian tahun 2022, berdasarkan statistik sehingga Mac dan sebanyak 6,706 aduan telah diterima dengan 89.61 peratus aduan berjaya diselesaikan.

Siasatan MyCC rangkumi kesemua pemain industri ayam, dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini.

Bekalan ayam kurang kerana tidak capai berat standard, peniaga di Perlis catu jualan
Langkah mencatu jualan ayam itu dilaksanakan oleh para peniaga sendiri bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat peluang.

Pendapatan penjual ayam segar terjejas teruk
Kekurangan bekalan bahan mentah itu dikatakan berpunca daripada penternak yang tidak menghantar bekalan ayam kepada pembekal dan pemborong.

PJKM catat jualan lebih RM54 juta - Rosol
Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jualan sebanyak RM54.55 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas.