awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP buat laporan polis terhadap kenyataan tular tidak sensitif

Bernama
Bernama
25/11/2021
15:18 MYT
KPDNHEP buat laporan polis terhadap kenyataan tular tidak sensitif
Nanta menafikan dakwaan yang tidak sensitif itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular yang mempersenda kesusahan rakyat semalam.
Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan yang tidak sensitif itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah.
"Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu makan itik. Saya tidak pernah buat begitu, itu fitnah.
"Jadi, KPDNHEP telah membuat laporan polis mengenai isu ini dan saya kesal dengan perbuatan fitnah sebegini. Kalau terdesak pun, jangan lakukannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, dilaporkan terdapat satu kenyataan yang dibuat susulan sekeping gambar tular kononnya menunjukkan Nanta menggesa pengguna di Malaysia makan itik sementara menunggu kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#Alexander Nanta Linggi
#laporan polis
#makan itik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan