PUTRAJAYA:Perbincangan untuk membenarkan sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan buka untuk beroperasi semula sedang berjalan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebolehnya mahu semua sektor perniagaan belum dibuka, dibenarkan beroperasi dengan syarat semua pihak bersetuju untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di tahap yang tinggi.
"KPDNHEP sangat prihatin dan mendengar rayuan pelbagai sektor perniagaan yang meminta untuk diberikan kebenaran beroperasi. KPDNHEP memahami keperluan untuk membuka semua sektor perniagaan kerana 'ekonomi satu keperluan', dengan syarat kedua-dua peniaga dan pengguna patuh kepada SOPPKP sepenuhnya, agar penularan wabak COVID dapat dibendung demi kebaikan negara dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata antara sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan beroperasi adalah kedai pakaian, kedai barangan sukan, kedai barang rumah dan peralatan dapur dan kedai kosmetik.
Sementara itu, Nanta berkata hasil tinjauan hari ini ke sebuah kilang pengeluaran dan pembungkusan minyak masak sawit di Dengkil, Selangor serta pemeriksaan pegawai penguatkuasa KPDNHEP di seluruh negara termasuk di bandar Muadzam Shah, Rompin baru-baru ini, mendapati bekalan minyak masak pek polibeg satu kilogram (kg) amat mencukupi.
Katanya berdasarkan maklumat dari lapangan, kekurangan di sesebuah premis peruncit hanyalah bersifat sementara, disebabkan kehabisan stok dan peruncit berkenaan sedang menunggu penghantaran baru dari pemborong.
Beliau berkata KPDNHEP telah mendapat mandat dan peruntukan dari kerajaan untuk melaksanakan program bersifat 'people-centric', dan salah satunya ialah menyediakan subsidi minyak masak pek polibeg 1kg pada harga kawalan, untuk meringankan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Katanya tujuan lawatan ke kilang pengeluaran dan pembungkusan minyak masak sawit di Dengkil, adalah untuk meninjau dari dekat bekalan dan proses pengeluaran minyak masak sawit dari ladang ke kilang dan dari kilang ke pemborong dan peruncit, ekoran maklum balas dari pengguna dan netizen yang bekalan minyak masak pek polibeg 1kg berkurangan di pasaran, terutama di peringkat peruncit.
"Sebanyak 60,000 metrik tan sebulan atau 720,000 metrik tan setahun minyak masak bersubsidi diperuntukkan dalam bentuk pek polibeg 1kg. Ini bersamaan dengan 60 juta peket 1kg sebulan atau 720 juta peket 1kg setahun. Jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang berjumlah 32.7 juta orang, bermakna 1.8kg sebulan atau 22kg setahun untuk setiap rakyat, termasuk kanak-kanak," katanya.
Nanta berkata terdapat sebanyak 25 pengilang dan 296 syarikat pembungkus minyak masak di seluruh negara, dan bagi tahun 2020, jumlah pengeluaran minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsidi adalah sebanyak 1,836,000 metrik tan setahun.
Beliau berkata sebagai langkah sementara, KPDNHEP telah melaksanakan Arahan Penetapan Had Pembelian Minyak masak Pek Polibeg 1kg di peringkat peruncit bermula 19 Jan lalu di mana setiap pengguna hanya dihadkan tiga pek polibeg 1kg untuk setiap pembelian.
Nanta juga menyeru kepada pengguna untuk menggunakan aplikasi 'mobile Price Catcher' untuk mengetahui premis peruncit yang mempunyai bekalan di sesebuah lokaliti, contohnya di bandar Muadzam Shah itu membuktikan ketiadaan di sesebuah premis peruncit bukan bermakna bekalan terputus, malah bekalan masih ada di lebih dari tiga premis peruncit di bandar tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
Antara sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan beroperasi adalah kedai pakaian, barangan sukan, barang rumah dan peralatan dapur serta kedai kosmetik. - Gambar hiasan
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.