PUTRAJAYA: Tidak menolak kemungkinan berlaku gangguan bekalan sayur untuk pasaran dan rangkaian pasar tertentu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil langkah perlu untuk memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Cameron Highlands hanya memberi impak minimum.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata semua bahagian di kementerian itu telah diarahkan untuk mengambil langkah perlu bagi memastikan bekalan sayur-sayuran dari Cameron Highlands tidak terjejas serta harga sayur-sayuran tidak melonjak.
"KPDNHEP melalui penguat kuasa di seluruh negara khususnya di Pahang dan Perak akan memantau secara berterusan kedudukan bekalan dan harga bagi jenis-jenis sayur tertentu yang biasanya dibekalkan oleh pekebun-pekebun dari Cameron Highlands," katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung isu bekalan sayur-sayuran ekoran pelaksanaan PKPD di Cameron Highlands.
Media melaporkan situasi peningkatan harga sayur-sayuran di pasaran sehingga 40 peratus ekoran pelaksanaan PKPD di kawasan pertanian seluas 607 hektar di Cameron Highlands berkuat kuasa 14 hingga 27 Jun ini.
Menurut Nanta, Bahagian Harga Barang Negara (BHBN), KPDNHEP telah menjalankan analisis dan mendapati berdasarkan data harga pada 13 Jun 2021, perubahan harga purata harian sayuran yang dilaporkan dalam akhbar seperti tomato, timun, kubis, kacang buncis menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya (12 Jun).
Penurunan tomato dicatatkan ialah -2.16 peratus, lada benggala (capsicum) kuning (-0.13 peratus) lada benggala merah (-1.47 peratus), kubis bulat tempatan (-0.86 peratus) dan kacang buncis (-0.67 peratus) bagaimanapun, terdapat peningkatan sedikit bagi timun iaitu 1.01 peratus dan lada benggala hijau 0.36 peratus.
Nanta berkata KPDNHEP akan melaksanakan kuasa yang diberikan seperti mengenakan harga kawalan atau harga maksimum jika didapati harga sesuatu barang itu melonjak ke paras yang tidak munasabah.
Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 akan dilaksanakan jika terhadap mana-mana pihak yang sengaja mengaut keuntungan atau mencatut, katanya.
Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), AKHAP 2011 dan sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi suatu perbadanan atau syarikat.
Bagi bukan perbadanan atau individu pula boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Pengguna dinasihatkan tidak panik dan membeli barangan mengikut keperluan sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021
KPDNHEP telah mengambil langkah perlu bagi memastikan bekalan sayur-sayuran dari Cameron Highlands tidak terjejas serta harganya tidak melonjak. - Gambar fail/ Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
KPDNHEP jangka harga sayur stabil antara Jun ke Julai
KPDNHEP menjangkakan perubahan harga sayuran yang tidak menentu ketika ini akan beransur stabil antara akhir Jun hingga Julai.
Bumbung pusat beli-belah diubah suai jadi kebun sayur organik
Lebih menarik, penanaman pintar secara rumah hijau itu menggunakan sistem akuaponik (gabungan ternakan ikan dan sayuran).
Jurang harga barangan asas berlebihan perlu diambil tindakan - Mustapa
Jika jurang itu ketara, tindakan perlu diambil sekali gus bagi memastikan harga tidak melebihi daripada yang sepatutnya.
Tiga siswazah jual sayur bantu petani, masyarakat
Muhammad Naqib bersama dua rakan bersetuju supaya keuntungan purata jualan mereka ditetapkan di bawah 50 sen sekilogram.
Harga sayur di Kedah naik menjelang musim tengkujuh - KPDNHEP
Ini ditambah pula keadaan cuaca yang tidak menentu dan ketidakseimbangan permintaan dalam pasaran.
PRN Sarawak: Peniaga Pasar Pagi Kapit mohon operasi perniagaan dipanjangkan
Inisiatif menjual secara lelong itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan stok sayurnya habis terjual.
Saderi beracun dari China dilupus
Jabatan kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melupuskan sebanyak 1,62 tan saderi yang dimport dari China kerana mengandungi racun perosak Orgnanonitrogen melebihi had dibenarkan.
Jus antipenuaan, 18 set campuran buah dan sayuran untuk kekal cantik dan awet muda
Campuran buahan-buahan dan sayuran ini akan memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.
Maqis rampas 100 kotak daun bawang dari China
Siasatan menemukan 100 kotak sayur daun bawang seberat 1 tan yang dianggar bernilai RM5,184.97, cuba dibawa masuk tanpa permit import.
PKPD: Aktiviti pertanian dilarang di enam kampung Orang Asli
60 pengusaha kebun sayur dalam kawasan itu diberikan permit untuk membawa keluar hasil tanaman.