KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup keluar 17,000 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran selepas menahan sebuah lori di sebuah stor di Kampung Belukar, Pasir Mas, dekat sini, semalam.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP Putrajaya Shamsul Nizam Khalil berkata rampasan dilakukan pihaknya bersama Pasukan Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor dan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am menerusi serbuan yang dilakukan pada 12.30 tengah hari.
Beliau berkata operasi itu dilaksanakan hasil daripada maklumat risikan daripada Seksyen Perisikan KPDNHEP Putrajaya ke atas sebuah premis pemborong dan pembungkus minyak masak di Melaka.
"Pasukan telah mengenal pasti sebuah lori yang mencurigakan dan disyaki digunakan oleh sindiket untuk mengangkut minyak masak bagi tujuan menjalankan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi. Hasil maklumat mendapati lori berkenaan digunakan untuk mengangkut minyak masak ke Kelantan.
"Pemeriksaan oleh pasukan serbuan telah menemukan 17,000 kg minyak masak paket bersubsidi satu kilogram berada di dalam lori dan sejumlahnya telah dipindahkan ke dalam stor tersebut. Hasil siasatan awal, stor tersebut disyaki digunakan sebagai tempat penyimpanan dan transit sebelum pihak sindiket menjalankan aktiviti penyeludupan ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Shamsul Nizam berkata modus operandi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi daripada syarikat pembekal di Melaka dan sekitar Lembah Klang dengan menggunakan lesen daripada syarikat lain.
"Berdasarkan dokumen yang dijumpai, minyak masak ini sepatutnya dihantar ke sebuah pemborong di Melaka namun didapati ia telah diseleweng dan dibawa masuk ke Kelantan dan dipercayai untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran," katanya.
Beliau berkata selain rampasan minyak, anggotanya turut menahan dua lelaki yang dikenal pasti pemandu dan kelindan lori tersebut bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik premis dan suspek utama yang terlibat dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 9 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Minyak masak yang dirampas itu sepatutnya dihantar ke pemborong di Melaka, namun didapati telah diseleweng dan dibawa masuk ke Kelantan, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. - Gambar hiasan
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petronas akan tambah pengeluaran harian kepada 2.7 juta Boe
Prospek industri tenaga juga dilihat sebagai mencabar bagi tempoh berbaki tahun ini.
APMM tahan dua kapal pindah minyak secara haram
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan dua kapal bekalan luar pesisir selepas dipercayai melakukan operasi pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) secara haram.
Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19.
"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar
Anwar jawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika PKR menang pada PRU akan datang.
AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia
Janet Yellen berkata demikian susulan laporan mengenai Rusia mungkin menghentikan pengeluaran minyak akibat penetapan harga siling.
Sri Lanka hadapi cabaran bayar penghantaran minyak
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import penting barangan makanan, baja, ubat-ubatan dan bahan api.
Deleum Berhad tubuhkan subsidiari di Thailand
Deleum Berhad, menerusi subsidiari miilik penuhnya, Deleum Services Sdn Bhd (DSSB) telah memperbadankan anak syarikat di Thailand.