awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP Sandakan tumpas kegiatan seleweng minyak bersubsidi

Bernama
Bernama
28/07/2022
22:30 MYT
KPDNHEP Sandakan tumpas kegiatan seleweng minyak bersubsidi
Antara minyak masak bersubsidi yang dirampas dalam serbuan pada Rabu. - Foto KPDNHEP Sabah
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi berjumlah 15,048 kilogram bernilai RM37,620 dalam serbuan di Kampung Jawa 2, Batu 12 di sini malam pada Rabu.
Ketua cawangannya Azdy Zukkry John berkata serbuan pada 7.30 malam itu dibuat ke atas sebuah rumah tidak bernombor yang dipercayai dijadikan tempat kegiatan penyelewengan barang kawalan itu sejak kira-kira setahun lepas di daerah ini, namun tiada tangkapan dibuat.
"Serbuan dibuat hasil siasatan serta risikan sejak seminggu lepas dan berdasarkan tumpahan minyak di merata tempat di rumah ini, kami percaya sindiket ini memang sangat aktif terutama sejak harga minyak masak semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Jenayah | 15,048 kilogram minyak masak bersubsidi dirampas
Sementara itu, menurut Azdy Zukkry pihaknya telah mengesyorkan kepada kementerian supaya lesen pemborong sebuah syarikat yang disyaki terbabit dalam satu kes penyelewengan lebih 19,000 kilogram minyak masak bersubsidi di sini pada Mac lepas, digantung sehingga kes selesai.
Katanya terdapat 21 syarikat pemborong aktif di Sandakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#Sandakan
#penyelewengan minyak masak bersubsidi
#Azdy Zukkry John
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan