PUTRAJAYA: Siasatan akan dijalankan terhadap sesebuah premis atau gerai yang menerima banyak aduan daripada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata siasatan itu akan melibatkan semakan terhadap harga bahan mentah yang dibeli dari pembekal, selain kos pembuatan, kos operasi dan harga pada peringkat pengeluar dan pemborong.
"KPDNHEP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika peniaga didapati bersalah mencatut seperti diperuntukkan di bawah Akta Bekalan 1966 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"KPDNHEP ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan ditetapkan kerajaan, terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas," katanya kepada pemberita sebelum program walkabout di Bazar Ramadan Putrajaya sempena Ops Pantau 2022, di sini hari ini.
Nanta berkata lebih 2,000 anggota penguat kuasa kementerian itu, dibantu lebih 1,000 pegawai pemantau harga, akan turun padang memantau harga jualan di seluruh negara menerusi operasi tersebut, untuk memastikan pengguna mendapat bekalan makanan dan keperluan harian pada harga munasabah.
"Pemeriksaan di bawah Ops Pantau 2022 antara lain memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara, antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barang tiruan atau cetak rompak, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, halal dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.
Beliau berkata selepas dua hari operasi itu dilaksanakan bermula Ahad lepas, sebanyak 7,106 premis telah diperiksa di seluruh negara dan daripada jumlah itu terdapat 17 kes atas pelbagai kesalahan dengan nilai kompaun RM4,200, termasuk berkaitan tanda harga.
Nanta, dalam pada itu berkata kebanyakan harga barang mentah sudah dikawal kerajaan melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dan tiada sebab kukuh untuk peniaga, termasuk di bazar Ramadan menaikkan harga juadah jualan mereka.
Beliau berkata harga barang mentah tersebut termasuklah ayam, telur ayam, minyak masak sawit tulen, tepung gandum kegunaan am, gula, gas petroleum cecair untuk memasak, petrol RON95 dan diesel untuk pengangkutan.
Ketika ditanya mengenai tindakan peniaga di Johor dan Perlis yang menjual ayam melebihi harga siling, Nanta berkata tindakan itu jelas merupakan satu kesalahan.
"Meletakkan harga melebihi harga siling satu sen pun kesalahan dan menjual melebihi RM10 sekilogram (kg) sememangnya kesalahan besar. Kita sudah buat sekatan harga maksimum di pelbagai peringkat seperti di ladang, borong dan runcit. Tiap peringkat ada margin (yang ditetapkan)," katanya.
Terdahulu, media melaporkan terdapat peniaga di Johor yang menjual ayam pada harga RM9.50 sehingga RM10 sekilogram, melebihi harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM8.90 per kg.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Nanta berkata siasatan itu akan melibatkan semakan terhadap harga bahan mentah yang dibeli dari pembekal, selain kos pembuatan, kos operasi dan harga pada peringkat pengeluar dan pemborong. - Gambar/ Bernama
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.