awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK akan selesai segera isu logo 'tiada babi' - Hamzah

Bernama
Bernama
16/02/2016
13:56 MYT
KPDNKK akan selesai segera isu logo 'tiada babi' - Hamzah
HAMZAH: Saya akan pastikan untuk perbaiki dan meletakkan definisi dan penggunaan istilah yang khusus bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dan syak wasangka. -Gambar fail
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyelesaikan isu penggunaan logo 'tiada babi' dan 'tiada daging babi dan lemak babi' secepat mungkin.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementerian itu akan memberi perhatian memperbetulkan definisi dan penggunaan istilah berkenaan.
"Saya akan pastikan untuk perbaiki dan meletakkan definisi dan penggunaan istilah yang khusus bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dan syak wasangka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kementerian itu di sini hari ini.
BACA: Logo 'Tiada Babi': KPDNKK akan perjelas definisi
Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan unit penguatkuasaan yang lain dalam menjalankan serbuan ke atas premis warga tempatan yang menyerahkan operasi kedai kepada pekerja asing.
"Kita nak tentukan lesen yang telah dikeluarkan digunakan dengan sebaik mungkin. Majikan tempatan dibenarkan mengambil warga asing bekerja di premis mereka tetapi mesti ada permit yang sah.
"Yang jadi masalah ialah apabila mereka mengambil pekerja asing tanpa permit atau tanpa permit yang sah," tegasnya.
Seramai 96 orang menerima APC 2015 yang turut melibatkan tiga agensi di bawah kementerian itu iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad.
Topic Berkaitan
#Halal
#Hamzah Zainuddin
#lemak babi
#no lard
#no pork
#tiada babi
#tiada daging babi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan