awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK Kelantan tawar jualan minyak masak terus dari kilang

Bernama
Bernama
15/05/2017
07:51 MYT
KPDNKK Kelantan tawar jualan minyak masak terus dari kilang
Langkah itu juga menepis dakwaan berlaku kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di negeri ini. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyediakan sejumlah 140 tan metrik minyak masak bersubsidi dari kilang untuk dijual terus kepada pengguna di seluruh negeri ini untuk kegunaan Ramadan.
Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata langkah tersebut bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan minyak masak bersubsidi pada harga lebih murah iaitu RM2.50 bagi satu kilogram dengan pembelian tanpa had.
"Ini merupakan salah satu program kerjasama KPDNKK dan pembungkus tempatan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang sekali gus menepis dakwaan berlaku kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di negeri ini terutama menjelang bulan puasa," katanya kepada pemberita pada Program Jualan Minyak Masak Terus Dari Kilang di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki .
Ab Ghani berkata program tersebut akan diadakan selama lima hari bermula hari ini hingga Khamis (19 Mei) dengan purata jualan minyak lima hingga 10 tan metrik di setiap jajahan.
"Orang ramai boleh mendapatkan bekalan minyak masak dengan harga lebih murah ini di kawasan masing-masing," katanya.
Beliau berkata KPDNKK Kelantan akan melaksanakan fasa kedua program sama dalam minggu pertama Ramadan bagi keperluan menyambut Aidilfitri pula.
"Langkah ini juga bagi mengekang ketirisan bekalan minyak masak yang diseludup ke negara jiran," katanya.
Sementara itu katanya orang ramai tidak perlu bimbang terhadap bekalan minyak masak untuk bulan Ramadan dan Aidilfitri kerana bekalan mencukupi dengan kerjasama 18 pembungkus dan pemborong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#KPDNKK
#minyak masak
#pembelian
#sibsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan