awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
Parlimen harus perkukuh RUU Anti Lompat Parti untuk elak khianat mandat rakyat - Ronald Kiandee
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK nasihat orang ramai waspada penipuan untuk tunai umrah

Bernama
Bernama
08/09/2013
23:00 MYT
KPDNKK nasihat orang ramai waspada penipuan untuk tunai umrah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan Syarikat pengendali perkhidmatan menunaikan umrah yang mementingkan keuntungan.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata syarikat berkenaan sanggup menipu pelanggan yang ingin ke tanah suci dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah, antaranya gagal mendapat visa dan penundaan tarikh penerbangan.
"Perbuatan ini semakin meningkat. Mereka sanggup menipu walaupun kawan sendiri asalkan mendapat untung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan E-Umrah, produk terbaharu Uniutama Managements Holdings Sdn Bhd (UMHSB), anak Syarikat milik penuh Universiti Utara Malaysia.
Produk e-Umrah, yang dibangun secara usaha sama oleh UMHSB dan Koperasi Kakitangan Uniutama Holdings Kedah Berhad (KKUHKB), merupakan yang pertama diperkenal di Malaysia melalui sistem dalam talian.
Hasan berkata pada tahun lepas, pihaknya menerima aduan penipuan membabitkan empat syarikat dari Kajang, Melaka dan dua di Kelantan.
Beliau berkata kementerian akan membantu orang ramai yang terpedaya, termasuk menasihati mereka agar merujuk kes kepada Tribunal Pengguna, atau membuat laporan polis.
Terdahulu, dalam ucapannya, Hasan berkata produk UMHSB menepati kehendak masyarakat yang memerlukan sebuah syarikat pengendali kukuh dan boleh dipercayai.
"Gerakan koperasi yang berjumlah kira-kira 10,000 di seluruh negara dengan aset bernilai lebih RM100 bilion didapati berupaya meningkatkan ekonomi kepada lebih lapan juta anggotanya.
"Usaha sama UMHSB dan KKUHKB ini merupakan tindakan pintar kerana memberi nilai tambah kepada anggotanya," katanya.
Sementara itu, pengerusi UMHSB Datuk Afifuddin Omar berkata produk berkenaan disasar kepada kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dibenar membuat pemotongan bulan bagi mengerjakan umrah berasaskan Skim Simpanan Khas e-Umrah (Wadiah Yad Dhamanah e-Umrah).
Topic Berkaitan
#KPDNKK
#tipu
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan