awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK pantau bekalan dan harga barang di Sabah

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
07/03/2013
06:06 MYT
KPDNKK pantau bekalan dan harga barang di Sabah
Kerajaan akan sentiasa memantau bekalan dan harga barang keperluan asas di Sabah terutamanya di Lahad Datu dan Semporna.
Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bagi memastikan barang makanan beras dan minyak seperti penduduknya mempunyai cukup bekalan mencukupi.
"Kita sentiasa memantau dan beri arahan untuk menambah stok dan barang (ke Sabah), bukan sahaja barang makanan tapi ia termasuk dengan minyak diesel dan sebagainya," kata Ismail Sabri pada sidang media selepas pelancaran Modul Latihan Penilaian Harta Intelek di Kuala Lumpur.
Beliau turut menegaskan pihaknya sentiasa mendapat perkembangan terkini dari Sabah dan akan memastikan para peniaga tidak akan mengambil kesempatan menaikkan harga di saat pergolakkan yang berlaku di negeri bawah bayu itu.
KPDNK bagaimanapun katanya tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga.
9 Feb lalu Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pertempuran tercetus pada 1 Mac antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis dan telah menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban.
Tiga anggota turut cedera manakala dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.
Topic Berkaitan
#harga barang
#Lahad Datu
#Ops Daulat
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan