KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhak untuk membatalkan serta-merta atau menggantung setiap lesen mana-mana pihak sekiranya didapati gagal mematuhi perundangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
KPKM dalam kenyataan memaklumkan kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk mengenakan tindakan itu sekiranya terdapat pihak gagal mematuhi akta berkenaan.
Menurut kenyataan itu, KPKM memandang serius berkaitan kekurangan bekalan Benih Padi Sah (BPS) dalam pasaran kerana ia merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera.
"Sehubungan itu, KPKM melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melancarkan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara yang akan dilaksanakan selama dua minggu bermula semalam (7 Nov) hingga 21 Nov 2023 ini.
"Task Force OP BPS ini melibatkan KPB negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak bertujuan memastikan bekalan pengedaran dan penjualan BPS mencukupi serta mematuhi harga kawalan runcit baharu berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pengarah KPB Bilangan 6/2023," menurut kenyataan itu.
KPKM memaklumkan Task Force OP BPS di peringkat Zon Utara itu menyasarkan pengeluar BPS dan agen peruncit di negeri Kedah yang mendapat kebenaran menjual benih padi sah kepada pesawah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
KPKM memandang serius berkaitan kekurangan bekalan Benih Padi Sah (BPS) dalam pasaran kerana ia merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera. - Gambar hiasan
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
KPKM giat kenal pasti golongan terlibat subsidi bersasar
Penelitian secara terperinci perlu dilaksana bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya.
Pembenihan awan di Kelantan lulus, tunggu cuaca sesuai
Permohonan pembenihan awan dibuat pada 26 Mac lalu oleh pasukan Task Force Kemarau KADA dan pelaksanaannya perlu disegerakan.
KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, persediaan untuk menghadapi fenomena itu dilakukan oleh agensi di bawah KPKM antaranya MADA, KADA dan IADA.
KPKM tumpu usaha perkasa, lahir generasi baharu usahawan dalam pertanian bandar
KPKM akan menumpukan usaha memperkasa pertanian bandar sebagai antara fokus utama kementerian, bagi melahirkan generasi baharu usahawan dalam sektor pertanian dan makanan.
Kerajaan Selangor, KPKM meterai MoU pertanian berimpak tinggi bernilai RM24 juta
Ia bagi melaksanakan pertanian berimpak tinggi dan meningkatkan kadar sara diri komoditi makanan di Selangor dengan peruntukan berjumlah RM24 juta.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor 23 hingga 25 Februari
Program MADANI Rakyat Zon Tengah akan diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor selama tiga hari bermula 23 Feb ini.
Isu kartel: KPKM sedia audit 39,000 pemegang lesen borong beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pada masa ini, terdapat seramai 39,000 daripada mereka yang terlibat dalam industri makanan tersebut.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.