awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan persepsi awam kunci kejayaan reformasi sektor pendidikan, pertahanan
Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh
Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap paling cemerlang, bukan kadar Fed AS - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Ahmad Zahid harap karya Malaysia mudah tembusi pasaran Indonesia

Bernama
Bernama
23/01/2026
21:50 MYT
TPM Ahmad Zahid harap karya Malaysia mudah tembusi pasaran Indonesia
Ahmad Zahid berharap semua pihak berkaitan seperti PAPTI perlu memainkan peranan sebagai jambatan tidak rasmi bagi terus merapatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Indonesia membuka ruang lebih luas kepada karya dari Malaysia, khususnya buku dan hasil seni untuk menembusi pasaran negara itu sebagai langkah memperkukuh hubungan budaya dan intelektual antara dua negara serumpun.
Beliau berkata, keterbukaan itu penting memandangkan pertukaran karya kreatif ketika ini dilihat tidak seimbang walaupun hubungan Malaysia-Indonesia telah terjalin rapat sejak sekian lama.
"Kita lihat dengan mudah buku-buku dari Indonesia dibawa masuk ke Malaysia. Kenapa buku dari Malaysia tidak boleh dibawa masuk ke Indonesia? Kita mesti membuka ruang seluas-luasnya di dalam pertukaran ilmu melalui buku.
"Kalau lagu dari Indonesia boleh dibawa ke negara kita. Lagu kita boleh dibawa ke Indonesia tetapi dengan syarat dirakam di Indonesia... ini mesti diberikan ruangan yang luas kepada artis Malaysia untuk merakam di Malaysia dan hasilnya itu diedarkan di seluruh Indonesia, barulah benar-benar serumpun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perdana sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI), di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari serta Presiden PAPTI, Datuk Dr Abdul Latiff Awang.
Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyentuh isu penayangan filem Malaysia di Indonesia, yang menurut beliau masih terhad berbanding filem Indonesia di Malaysia.
"Kita lihat mudahnya filem Indonesia untuk ditayang di negara kita dan jarang sangat filem kita dapat ditayangkan di Indonesia kecuali filem Mat Kilau," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap hubungan erat Malaysia dan Indonesia seharusnya terus diperkukuh bukan hanya melalui hubungan diplomatik rasmi, tetapi juga merangkumi aspek budaya, bahasa dan pemikiran.
Ahmad Zahid berkata, sejarah membuktikan hubungan serumpun antara kedua-dua negara tidak dapat dipisahkan walaupun melalui penjajahan dan perbezaan politik, justeru sebarang isu yang boleh menjejaskan hubungan itu perlu dielakkan.
Beliau berharap semua pihak berkaitan seperti PAPTI perlu memainkan peranan sebagai jambatan tidak rasmi bagi terus merapatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Ahmad Zahid Hamidi
#PAPTI
#Malaysia-Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan