awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM komited bangunkan industri jagung bijian, kurangkan kebergantungan import

Bernama
Bernama
03/05/2025
13:00 MYT
KPKM komited bangunkan industri jagung bijian, kurangkan kebergantungan import
Isham semasa melawat ladang dan projek tumpuan di Perlis hari ini. - Gambar Bernama
ARAU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited melaksanakan program pembangunan industri jagung bijian secara intensif di negara ini, dalam usaha mengurangkan kebergantungan import sekali gus menstabilkan harga makanan ternakan dalam negara.
Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak berkata antara lokasi yang menunjukkan kejayaan pelaksanaan projek tanaman jagung bijian ialah Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dekat Padang Besar, yang diusahakan Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) dan FGV Chuping Agro Valley.
"Ini merupakan satu tempat yang berjaya, dan kita akan gunakan SOP (prosedur operasi standard) yang sama ke lokasi lain...jagung bijian ini penting kerana digunakan untuk penternakan ayam dan ruminan seperti lembu," katanya kepada Bernama selepas melawat ladang dan projek tumpuan di Perlis di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya turut melihat kepada potensi golongan belia dalam memacu industri pertanian, khususnya tanaman jagung bijian itu menerusi program latihan dan kerjasama dengan syarikat swasta.
"GWG misalnya melatih ramai anak muda dan kita dapati kebolehpasaran mereka sangat tinggi. Latihan yang diberi bukan sekadar menanam, tetapi merangkumi pengurusan ladang, logistik dan pasaran. Ini penting untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya berdaya saing," katanya.
Isham turut menggalakkan lebih ramai lepasan sekolah mempertimbangkan bidang pertanian sebagai kerjaya masa depan.
"Sistem sokongan memang sudah ada. Cuma perlukan kesanggupan mereka untuk menyertai sektor ini. Ramai petani kita yang berjaya, dan ini satu bukti bahawa pertanian boleh jadi satu kerjaya yang stabil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV
#lepasan sekolah
#KPKM
#jagung bijian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan