awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT lulus RM2.65 juta, selenggara 20 rumah ibadat bukan Islam di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
14/12/2023
21:00 MYT
KPKT lulus RM2.65 juta, selenggara 20 rumah ibadat bukan Islam di Kuala Lumpur
KPKT memaklumkan sejumlah enam daripada 20 RIBI itu, telah menerima bantuan sebanyak RM294,029 manakala penyaluran baki permohonan itu akan diteruskan pada 2024. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM2.65 juta, untuk penyelenggaraan 20 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Kuala Lumpur.
KPKT dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan sejumlah enam daripada 20 RIBI itu, telah menerima bantuan sebanyak RM294,029 manakala penyaluran baki permohonan itu akan diteruskan pada 2024.
Menurut kenyataan itu, KPKT telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI, yang melibatkan sejumlah RM50 juta bantuan kewangan bagi 370 permohonan di seluruh negara menerusi Belanjawan 2023, bagi tujuan menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat masing-masing dan memberikan keselesaan kepada penganutnya untuk beribadat.
KPKT memaklumkan bantuan itu telah diserahkan menterinya Nga Kor Ming ketika Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan bagi inisiatif penyelenggaraan RIBI seluruh negara, di St Mary's Cathedral di sini, pada Khamis.
"KPKT komited dalam melaksanakan inisiatif ini secara profesional, cekap dan telus, bagi memastikan peruntukan di bawah inisiatif ini dapat diagihkan kepada organisasi RIBI yang layak, secara adil dan saksama," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan sama turut memaklumkan semua permohonan yang diluluskan bagi kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan di rumah ibadat, melalui proses saringan pihak urus setia dan dinilai oleh Pasukan Pemantauan dan Penilaian serta pertimbangan Jawatankuasa Petugas Khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPKT.
"Ia (permohonan) juga perlu mematuhi Garis Panduan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#RIBI
#bantuan kewangan
#baki permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan