Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka Pelan Sejahtera Rakyat Bandar (PSRB) bagi memberikan keselesaan hidup rakyat di bandar menjelang tahun 2050.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata pelan itu akan melihat keperluan dan kehendak rakyat di bandar secara inklusif serta holistik merangkumi aspek sosioekonomi, pembangunan fizikal selain kemampanan alam sekitar untuk memastikan rakyat bandar hidup dalam keadaan selesa dan sejahtera.
"Kementerian tidak hanya memberi tumpan kepada isu miskin bandar semata-mata sebaliknya menitikberatkan pelbagai aspek dengan melihat keperluan dan kehendak rakyat di bandar secara inklusif dan holistik menjelang 2050.
"Pelaksanaan pelan ini adalah berpaksikan kepada aspirasi untuk mewujudkan kehidupan di bandar yang sejahtera," katanya di pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang meminta KPKT menyatakan apakah peranan kementerian dalam memastikan keselesaan hidup berterusan kepada penduduk untuk mengurangkan status miskin bandar menjelang tahun 2050 dapat direalisasikan.
Dalam pada itu, Noh menjelaskan PSRB adalah selaras dengan misi merealisasikan Agenda Pembangunan Negara melalui program perumahan rakyat serta perkhidmatan perbandaran dan kebombaan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
Kata beliau, dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, kementeriannya sedar bahawa pelan induk yang dirangka itu akan dijadikan sebagai satu perancangan strategik, garis panduan selain pelan tindakan secara holistik serta komprehensif dalam semua aspek yang boleh menyumbang ke arah mensejahterakan rakyat bandar.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 31 2017
KPKT sedang merangka Pelan Sejahtera Rakyat Bandar (PSRB) bagi memberikan keselesaan hidup rakyat di bandar menjelang tahun 2050.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPKT rangka pelan inklusif kesejahteraan bandar
KPKT sedang merangka Pelan Sejahtera Rakyat Bandar (PSRB) bagi memberikan keselesaan hidup rakyat di bandar menjelang tahun 2050.