HULU SELANGOR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di kawasan itu.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata peruntukan tersebut meliputi 14 projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan oleh MPHS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.16 juta disalurkan melalui MPHS manakala RM664,000 disalurkan kepada MPKK di Hulu Selangor," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja bersempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Kuala Kubu Baharu, hari ini.
Nga berkata antara projek yang akan dilaksanakan menerusi peruntukan tersebut adalah membaik pulih dan menaik taraf 10 unit gerai MPHS di Jalan Abdul Hamid serta Pasar Awam Rasa, Hulu Selangor.
Dalam sesi lawatan tersebut beliau turut menyempurnakan Majlis Perasmian Bomba Sukarela Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Bharu serta menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000 dalam usaha meningkatkan kecekapan pasukan bomba sukarela.
Selain itu beliau turut melawat Kuil Sri Sithi Vinayagar di sini dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM127,050 kepada Pertubuhan Berhala Sri Sithi Vinayagar bagi kerja-kerja membaiki bangunan keagamaan sedia ada.
"KPKT juga telah meluluskan RM250,000 kepada Persatuan Penganut Dewa Siaw Kong dan Dewi Lee Ma untuk membaiki keadaan bangunan rumah ibadat yang lama dan uzur.
"la merupakan sebahagian daripada RM50 juta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara tidak kira agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan Tao," katanya.
Dalam pada itu Nga berkata projek Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas di sini telah siap untuk diserahkan kepada penduduk yang amat memerlukan bagi menggantikan rumah lama mereka yang usang serta tidak lagi selamat untuk didiami.
"KPKT komited meneruskan Program Sentuhan Kasih KPKT berdasarkan keperluan dan ia merupakan satu daripada inisiatif KPKT dalam memastikan keselesaan serta kesejahteraan penduduk Hulu Selangor.
"Peruntukan berlandaskan pelaksanaan ini bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Nga (dua, kanan) beramah mesra bersama peniaga di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, pada lawatan kerja beliau bersempena Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di kawasan itu, hari ini. - Foto Bernama
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Malaysia tawar diri Presiden Persidangan UN-Habitat bagi penggal 2026-2029
Nga berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Antara individu yang dirakam keterangan mereka termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.