MALAYSIA
KPKT sasar wujudkan 1,000 taman seluruh negara dalam tempoh 10 tahun - Kor Ming

Kor Ming dalam program Agenda AWANI berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pembukaan 1,000 taman di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pembukaan 1,000 taman di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.
Ringkasan AI
- KPKT menyasarkan pembukaan 1,000 taman dalam 10 tahun bagi menghijaukan kawasan bandar dan menyokong pembangunan lestari.
- Malaysia bekerjasama dengan Adaptation Fund untuk projek taman di Kuala Lumpur melibatkan 131 taman seluas 4,700 hektar.
- Pendekatan kerjasama awam-swasta dimanfaatkan, termasuk penglibatan Kumpulan KLK sebagai bapa angkat kepada tujuh taman MADANI di Ipoh.
“Setelah menjadi Presiden UN-Habitat, Malaysia sedang bekerjasama dengan Adaptation Fund untuk kita dapatkan dana AS$20 juta. Kita akan mulakan projek taman pusat dan taman penghubung Kuala Lumpur seluas 4,700 hektar melibatkan 131 taman.
“Di luar ibu kota, KPKT menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Landskap Negara, sedang menyasarkan projek 1,000 taman dengan pembinaan 100 taman MADANI setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
KPKT sasar wujudkan 1,000 taman seluruh negara dalam tempoh 10 tahun – Kor Ming
Kor Ming yang juga Presiden Perhimpunan Agung UN-Habitat itu berkata pihaknya juga memanfaatkan kaedah kerjasama awam-swasta dalam usaha untuk mencapai pembukaan taman awam ini.
Antara kejayaan terkini menurutnya ialah penglibatan Kumpulan KLK dalam menyelenggara taman-taman di Ipoh.
“Pada masa yang sama, sukacita saya maklumkan pada minggu lepas, kita dapat tajaan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia; Kumpulan KLK.
“Syarikat ini menjadi ‘bapa angkat’ untuk tujuh buah taman MADANI di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Mereka keluarkan duit sendiri untuk bantu PBT untuk jaga taman-taman sebaik mungkin, berdasarkan prinsip kerjasama awam-swasta,” ujarnya.
Agenda AWANI: Transformasi hijau bandar-bandar di ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami