awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT senarai hitam 109 pemaju gagal patuhi peraturan

Seth Akmal
Seth Akmal
07/04/2025
03:41 MYT
KPKT senarai hitam 109 pemaju gagal patuhi peraturan
Nga Kor Ming, berkata tindakan tersebut sebagai usaha untuk melindungi kepentingan pembeli rumah. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Perumahan Negara telah menyenarai hitam 109 pemaju kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menteri KPKT Nga Kor Ming, berkata tindakan tersebut sebagai usaha untuk melindungi kepentingan pembeli rumah.
“Kebanyakan pemaju gagal kemuka laporan status pembinaan, laporan audit dan penyata untung rugi kepada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Projek Perumahan Mampu Milik ke-14, di sini, hari ini.
Menurut Nga, pemaju tersebut akan kekal disenarai hitam sehingga mereka menyelesaikan denda yang tertunggak.
Nga turut menasihatkan pembeli rumah untuk menyemak terlebih dahulu status lesen pemaju di laman web rasmi https://teduh.kpkt.gov.my/ sebelum membuat sebarang komitmen kewangan bagi membeli hartanah.
“Keselamatan pembeli rumah kekal sebagai antara keutamaan kementerian
“Pemaju perlu mematuhi peraturan bagi memastikan projek mereka disiapkan mengikut masa dan mematuhi piawaian yang ditetapkan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#KPKT
#Nga Kor Ming
#pemaju perumahan
#senarai hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan