MALAYSIA
KPKT teliti cadangan pinda Akta 118, perkukuh tindakan projek komersial bermasalah

Nga Kor Ming berkata pindaan itu akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanan dengan lebih berkesan dan menyeluruh termasuk menyenarai hitam ahli lembaga syarikat pemaju induk serta syarikat subsidiari.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperluaskan skop tindakan ke atas projek komersial yang bermasalah.
Ringkasan AI
- KPKT sedang meneliti pindaan terhadap Akta 118 bagi memperluaskan skop penguatkuasaan ke atas projek komersial bermasalah, termasuk menyenarai hitam ahli lembaga syarikat pemaju induk dan subsidiari.
- Langkah ini bertujuan memperkukuh kawalan dan pencegahan awal agar projek perumahan swasta tidak menjadi sakit atau terbengkalai, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
- Pindaan akta dijangka dibentangkan tahun depan selepas sesi libat urus bersama agensi penguatkuasaan, badan perundangan, pemain industri dan wakil pengguna bagi memastikan ia relevan dan berimpak tinggi.
"KPKT akan terus mempergiat sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi penguatkuasaan, badan perundangan, pemain industri dan wakil pengguna bagi memastikan pindaan kepada Akta 118 nanti adalah relevan, menyeluruh dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
"Melalui pindaan ini kelak, bukan sahaja syarikat induk akan disenarai hitam malah pemilik sebenar di belakang tabir syarikat juga akan dikenakan tindakan sama....ini sedang kita perhalusi, dan jika berjalan lancar, pindaan akta ini akan dibentangkan tahun depan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami