Pembangunan sosioekonomi dan modal insan masyarakat luar bandar akan menjadi fokus utama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Rina Harun.
Beliau berkata masyarakat di luar bandar perlu diberi peluang yang adil dan saksama dalam menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dari segi infrastruktur yang disediakan dan yang lebih utama pembangunan sosioekonomi dan modal insan.
"Antara golongan sasaran yang sedia ada adalah golongan belia yang sudah tamat persekolahan, tetapi menghadapi kesukaran dalam transisi dari alam persekolahan ke alam pekerjaan.
"Pasaran modal insan yang sedia ada ini akan dapat menampung kekurangan di dalam pelbagai sektor pekerjaan sekiranya mereka diberi sokongan dan berada di dalam suatu program yang lebih khusus berdasarkan keperluan ekonomi semasa," katanya semasa berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakan Strategik KPLB, di sini pada Khamis.
Menerusi Visi 'Luar Bandar Sejahtera' 2030, katanya kementerian bukan sahaja menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di luar bandar seperti air bersih, jalan raya, elektrik dan rumah kepada golongan miskin, tetapi yang lebih utama mempertingkatkan masyarakat luar bandar dari segi sosioekonomi dan modal insan.
Dalam pada itu, Rina juga menyeru syarikat korporat dan pelabur untuk melihat peluang baharu atau yang sedia ada di luar bandar untuk membantu membangunkan modal insan luar bandar yang produktif dan berkeupayaan ekonomi.
"Di Malaysia, terdapat lebih daripada 15,000 kampung dan sudah tentu dengan jumlah yang banyak ini, kementerian memerlukan sokongan semua pemegang taruh termasuk badan korporat, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
Dr Mahathir dan Rina pada Majlis Ramah Mesra bersama rakan strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 30 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bapa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia
Setiausaha akhbar menteri berkenaan, Eikmar Rizal Mohd Ripin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Penderaan kanak-kanak: Tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah -Rina Harun
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kesalahan melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak.
Permohonan bantuan kebajikan dijangka meningkat kepada 1.5 juta - Rina
KPWKM menjangkakan permohonan bantuan kebajikan meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 1.5 juta susulan penetapan baharu.
PRN Sabah: Calon wanita, Srikandi Bersatu serah kepada pucuk pimpinan
Srikandi Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon dari kalangan wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
KPLB fokus pembangunan sosioekonomi dan modal insan
Masyarakat di luar bandar perlu diberi peluang yang adil dan saksama dalam menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dari segi infrastruktur, pembangunan sosioekonomi dan modal insan.