KPM akan segera baik pulih tiga sekolah terlibat kebakaran

Stor peralatan sukan SMK Jalan 3 di Bangi terbakar pagi tadi. - Gambar/ JBPM
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera membaik pulih tiga institusi pendidikan di bawahnya yang terlibat dalam insiden kebakaran baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membaik pulih tiga institusi pendidikan terlibat dalam insiden kebakaran, iaitu SK Padang Melangit di Perlis, SMK Jalan 3, dan SBP Integrasi Sungai Lang di Selangor.
- Tindakan segera diambil untuk menyiasat punca kejadian dan menilai kerosakan infrastruktur sekolah yang terjejas, menurut kenyataan KPM.
- KPM menekankan keutamaan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru, serta warga sekolah, dan mengingatkan pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan untuk memastikan keselamatan fasiliti sekolah di seluruh negara.
KPM turut mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah, dan jabatan pendidikan negeri untuk memastikan fasiliti sekolah di seluruh negara berada dalam keadaan selamat.
"Aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru, dan seluruh warga sekolah perlu diberi keutamaan," menurut KPM.
Pada Khamis lepas, sebuah bangunan lapan bilik darjah di SK Padang Melangit di Padang Besar, musnah hampir 90 peratus akibat kebakaran.
Insiden sama turut berlaku di stor peralatan sukan SMK Jalan 3 di Bangi serta di bilik guru SBP Integrasi Sungai Lang, Sabak Bernam, awal pagi tadi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


