awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM berhasrat wujudkan PPKI di semua sekolah

Bernama
Bernama
18/09/2023
09:13 MYT
KPM berhasrat wujudkan PPKI di semua sekolah
Timbalan Menterinya Lim Hui Ying berkata pihaknya sedang berusaha untuk memperbanyakkan lagi PPKI di semua sekolah, namun cabarannya adalah kekurangan golongan pendidik. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat mewujudkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di semua sekolah bagi memastikan tiada kanak-kanak kurang upaya tercicir daripada mendapat pendidikan sewajarnya.
Timbalan Menterinya Lim Hui Ying berkata pihaknya sedang berusaha untuk memperbanyakkan lagi PPKI di semua sekolah, namun cabarannya adalah kekurangan golongan pendidik.
"Untuk mengadakan PPKI di sesebuah sekolah, selain golongan pendidik, kita juga harus mempunyai kemudahan yang bersesuaian seperti tandas OKU (orang kurang upaya), ram OKU dan kemudahan yang lain untuk murid-murid keperluan khas ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lim berkata data KPM menunjukkan sebanyak 76 sekolah di negeri ini melaksanakan PPKI dan program pendidikan inklusif (PPI).
Beliau berkata akses kepada pendidikan adalah hak untuk semua rakyat tidak mengira kaum, agama dan keupayaan.
"Saya berharap kita dapat adakan lebih banyak kelas sebegitu (PPKI) mengikut daerah kerana semua tempat ada kanak-kanak khas dan mereka perlukan perhatian yang lebih," katanya.
Beliau berkata tumpuan KPM adalah kepada penambahbaikan ketercapaian dan mobiliti terutama menyediakan sekurang-kurangnya empat kemudahan asas yang merangkumi susur landai, susur tangan, parkir dan tandas mesra OKU, selain menaik taraf kelas pendidikan khas dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.
"KPM turut meningkatkan bilangan projek pembangunan yang dimohon melalui Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi membina bangunan tambahan yang merangkumi bilik darjah dan kemudahan lain untuk Program Pendidikan Khas Integrasi," katanya.
Tambahnya, KPM juga telah melaksanakan pemantapan sumber manusia dengan memfokuskan kepada peningkatan profesionalisme secara berterusan bagi guru dan pembantu pengurusan murid.
Terdahulu, Lim yang juga setiausaha DAP Pulau Pinang, bersama ADUN Sungai Puyu Phee Syn Tze, ADUN Pengkalan Kota Wong Yue Harng, ADUN Pulau Tikus Woo Sze Zeng dan ADUN Seri Delima Tan Hooi Peng mengedarkan kuih bulan di Pejabat Bernama Pulau Pinang sempena perayaan kuih bulan pada 29 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#PPKI
#sekolah
#kanak-kanak kurang upaya
#Program Pendidikan Khas Integrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan