KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan setiap aduan mengenai kes buli di sekolah akan disiasat.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap aduan itu akan disiasat mengikut prosedur satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian.
Menurutnya, kementerian juga menetapkan semua kes buli perlu dilaporkan kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya.
“Penyelesaian kes buli adalah 90 peratus selesai dalam tempoh 15 hari selepas diadu melajui portal Aduan Buli. Bagi kes yang belum selesai adalah kes yang memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari.
“Peningkatan ini Yang Berhormat, kalau kita ambil dari segi pendekatan advokasi, akses, maknanya penyebaran tentang akses kita untuk murid dan ibu bapa waris, untuk mengadu, maknanya lebih terbuka.
“Inilah yang kita berikan jaminan bahawa setiap aduan mesti disiasat mengikut tempoh 1, 3, 7 seperti yang saya sebut tadi,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa, menjawab soalan tambahan daripada Mohammed Taufiq Johari (PH - Sungai Petani) yang bertanya berkaitan kes buli di sekolah dan langkah intervensi daripada KPM.
Tambah Fadhlina, dari segi intervensi, KPM mempunyai Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah untuk menangani isu tersebut.
“Guru ini akan memberikan intervensi bersesuaian yang terkait rapat dengan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid terjaga secara berterusan.
“Ia adalah sebagai bentuk perlindungan sementara di sekolah bagi melindungi mangsa semasa siasatan dijalankan. Semua kes buli juga perlu dilaporkan kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Tue Nov 14 2023
Menurut Fadhlina, dari segi intervensi, KPM mempunyai Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah untuk menangani isu tersebut. - Foto JAPEN
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Yayasan Didik Negara bantu pelajar terjejas banjir - Fadhlina
Yayasan Didik Negara di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab membantu pelajar yang terkesan akibat banjir.
Banjir: 470 institusi pendidikan dioperasi sebagai PPS - Fadhlina
Sebanyak 470 institusi pendidikan telah dioperasikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.
KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.
YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.