SHAH ALAM: Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan hala tuju TV Pendidikan yang diwujudkan kementerian tersebut.
Dalam satu kenyataan bersama lapan orang ahli Parlimen Pembangkang, antara perkara dibangkitkan ialah mengenai status terkini kandungan bagi rancangan TV pendidikan bernilai RM1.9 juta yang dibangunkan syarikat swasta.
“Dalam jawapannya, Menteri Kanan Pendidikan telah mengatakan bahawa tarikh tamat projek itu dilanjutkan dari 30 November 2020 kepada 31 Mac 2021 berikutan kegagalan syarikat berkenaan menyiapkannya dalam tempoh tersebut.
“Persoalannya, apakah status pembuatan kandungan tersebut pada waktu ini? Apakah kesemua 800 kandungan tersebut telah selesai? Ataupun terpaksa ditangguhkan lagi?
"Jika benar, berapa lama kerajaan membenarkan penangguhan tersebut?
“Jika ia ditangguhkan lagi, apakah tindakan KPM atas kegagalan tersebut? Apakah mereka diberikan penalti?” soal kenyataan tersebut pada Ahad.
Kenyataan bersama itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH, Dr Maszlee Malik, selain Nik Nazmi Nik Ahmad mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Parti Amanah Negara atau Amanah).
Turut bersama ialah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu atau UPKO), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau MUDA), Datuk Amiruddin Hamzah (Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang) dan Ahmad Hassan (Parti Warisan Sabah atau Warisan).
Dalam kenyataan sama, mereka turut mempersoalkan mengenai jumlah pembayaran yang telah diberikan kepada syarikat penyedia kandungan tersebut.
Mereka turut mengajukan persoalan mengenai tindakan KPM memberikan kontrak penyiaran bahan pendidikan kepada saluran DidikTV yang dimiliki oleh syarikat media swasta.
Jelas mereka, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum ini pernah memberi laluan kepada TV Pendidikan bagi siaran secara percuma.
“Justeru, kami meminta KPM menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka tidak memilih RTM sebagai saluran TV Pendidikan sedangkan kaedah ini percuma dan mempunyai fasiliti yang cukup?
“Apakah rasional dan keuntungan bagi rakyat dan KPM untuk membuat bayaran siaran kepada DidikTV ketika saat kerajaan boleh menggunakan fasiliti siaran TV kerajaan pada saat darurat ini?
“Berapa puluh juta nilai kontrak rundingan terus yang telah diberikan kepada Media Prima Berhad? Apakah benar ia melibatkan peruntukan sebanyak RM70 juta hanya bagi tahun 2021?” ujar kenyataan itu lagi.
Tambah mereka, KPM juga perlu menjelaskan mengenai status hak cipta program video siaran yang dihasilkan DidikTV secara siaran langsung bersama guru-guru KPM ini diletakkan di platform digital Tonton milik Media Prima.
Ini kerana, katanya, program video sedemikian didapati masih tidak kelihatan di platform pembelajaran digital KPM seperti Delima dan EduwebTV.
“Bukankah bahan video pembelajaran dan pengajaran (PdP) hasil siaran DidikTV dan diusahakan oleh guru-guru dibayar oleh KPM?
"Kenapa video ini diletakkan di Tonton dan bukannya di Pelantar Delima dan Portal EduwebTV?
“Persoalannya, bagaimanakah murid-murid boleh mengakses bahan video PdP yang dihasilkan oleh DidikTV dan pembekalan video TV Pendidikan yang sepatutnya telah selesai dihasilkan oleh Radius One Sdn Bhd meliputi sebanyak 800 video.
"Sedangkan video-video ini masih belum dimuat naik di platform pembelajaran Delima dan Portal EduwebTV?
“Berapakah bilangan penonton DidikTV sehingga kini? Apakah berbaloi puluhan juta ringgit duit rakyat dilaburkan berbanding bilangan penggunanya?” soal mereka.
Artikel asal di Sinar Harian: KPM diminta perjelas hala tuju TV Pendidikan
Sinar Harian
Sun May 23 2021
Jawatankuasa Pendidikan PH dan parti-parti pembangkang menggesa KPM supaya memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan hala tuju TV Pendidikan yang diwujudkan kementerian tersebut. -Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Ini 5 perkara penting dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan
Saluran TV Pendidikan di TV Okey RTM akan ditayangkan selama 2 jam, Astro Tutor TV (4 jam) sementara DidikTV KPM (15 jam) setiap hari.
KPM diminta perjelas hala tuju TV Pendidikan
Dalam kenyataan sama, mereka turut mempersoalkan mengenai jumlah pembayaran yang telah diberikan kepada syarikat penyedia kandungan tersebut.
PdPR: Masalah peranti, majoriti hilang minat belajar - Kajian UNICEF, UNFPA
8 daripada 10 keluarga berkata anak-anak mereka tidak mampu menumpukan perhatian, 6 daripada 10 berkata anak-anak mereka sudah hilang minat belajar.
PPD sebagai 'one stop centre' selesai masalah PdPR, DidikTV - PIBGN
PPD adalah medium terbaik untuk berhubung dengan ibu bapa yang menghadapi kerumitan.
TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.
Tindakan kecam, ketawakan guru sains DidikTV perbuatan buli siber - Saifuddin Abdullah
Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber.
DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR - Muhyiddin
Sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pembelajaran serta bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian.
Tiada perubahan dalam pemilikan ntv7 - Media Prima
Media Prima memaklumkan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak susulan berita pelancaran DidikTV.
Selamat tinggal ntv7, anda akan dirindui, kata warga maya
Saluran yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an akan diganti dengan DidikTV KPM.
DidikTV mampu bantu selesaikan masalah PdPR - PIBGN
Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).