BAYAN LEPAS: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi berhubung isu pemilikan akaun TikTok kanak-kanak bawah usia 13 tahun.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat penuh daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzli berhubung isu berkenaan.
"Kita akan minta penjelasan daripada Menteri Komunikasi sebab saya perlu mendapatkan maklumat penuh dan pedoman daripada beliau, supaya kita boleh tengok apa kesan serta impaknya kepada anak-anak kita.
"Saya pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi, maknanya kawalan itu berlaku khususnya daripada ibu bapa," katanya di Majlis Apresiasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Dewan Sri Mutiara Raia Inn pada Ahad.
Fadhlina sebelum itu menyampaikan sijil graduasi kepada 824 kanak-kanak Tabika Kemas Daerah Barat Daya dan Timur Laut dan 107 kanak-kanak bagi Anugerah Kanak-Kanak Cemerlang Tabika Kemas Daerah Barat Daya dan Timur Laut.
Sebelum ini, Fahmi berkata, isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu dipertimbang untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial tersebut.
Beliau berkata, terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh golongan terbabit selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun di platform itu.
Fahmi berkata, berdasarkan pengalaman, ramai pelajar sekolah rendah mempunyai akaun TikTok yang mana, ia suatu keadaan yang amat menggusarkan dan merisaukan.
Tambah beliau, ada beberapa trend yang tidak baik yang dilihat tular di media sosial termasuk TikTok dan kanak-kanak boleh terikut.
Justeru kata Fahmi, ibu bapa perlu mengawasi kandungan yang dilayari oleh anak-anak ketika menggunakan Internet. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024
Fadhlina (tiga, kanan) menyampaikan sijil graduasi kepada salah seorang penerima di Majlis Apresiasi Kemas Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Dewan Sri Mutiara Raia Inn pada Ahad.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM
Seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini.
Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
KPM, agensi perlu mampu atasi keciciran pelajaran tanpa bergantung kepada orang politik - Penganalisis
KPM dan agensi-agensi di bawahnya perlu mampu bertindak sendiri dengan menggunakan data-data sedia ada untuk mengatasi isu keciciran pelajaran.