awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin

Bernama
Bernama
27/10/2023
12:23 MYT
KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin
Menurut KPM dalam kenyataan hari ini penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur ekstremisme dan keganasan sepanjang penganjuran program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini.
Menurut KPM dalam kenyataan hari ini penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali.
"KPM menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendukung isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin sepanjang pelaksanaan program ini.
"Semua institusi bawah KPM diminta untuk sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang telah ditetapkan. Minggu Solidariti Palestin perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling hormat-menghormati," menurut kementerian itu.
KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian berhubung kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial mengenai sebuah program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme.
Hari ini tular video berdurasi 55 saat di aplikasi X dan TikTok yang antaranya memaparkan seorang lelaki memegang replika senapang dalam satu program di sebuah sekolah.
Menurut KPM penganjuran program berkenaan adalah di luar tempoh pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikut panduan yang ditetapkan kementerian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minggu solidariti palestin
#KPM
#senjata
#unsur ekstremisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan