NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM menerima semua pandangan berhubung perkara itu, dalam masa sama pihaknya juga sentiasa terbuka mendengar cadangan bagi sebarang penambahbaikan di sekolah dan asrama.
"Sebenarnya pandangan tersebut telah dikemukakan sebelum ini dan saya fikir kita perlu lihat ekosistem secara keseluruhan sekolah itu, sama ada sesuai atau tidak melantik orang lain sebagai warden, tapi cadangan tersebut kita pertimbangkan.
"Kita juga kena perkukuhkan semua ekosistem yang ada, untuk memastikan gejala buli ini benar-benar dapat ditangani di semua peringkat, khususnya peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Nibong Tebal di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini malam ini.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan beberapa pihak terutama ibu bapa, yang mahu KPM agar menambah baik sistem perjawatan warden bagi menjamin keselamatan pelajar.
Mereka turut menyarankan agar jawatan warden tidak digalas oleh para guru, bagi meringankan beban guru memikul dua tanggungjawab berat.
Sementara itu, Fadhlina berkata KPM juga sedang memperkasakan guru kaunseling untuk memberi sokongan kepada ekosistem displin di sekolah, dalam menangani dan membanteras kegiatan buli dalam kalangan pelajar.
Beliau berkata dalam masa sama, pihaknya juga sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa garis panduan yang disediakan oleh KPM, untuk mengatasi buli termasuk buli siber.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan hari ini. - Foto BERNAMA
KPDN rampas cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar serta risikan awal pihak KPDN.
[TERKINI] Suspek langgar pelajar sekolah mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar tingkatan lima, Disember tahun lalu.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM
Seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini.
Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.