awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM sedia 18 inisiatif bantuan untuk pelajar terkesan banjir

Bernama
Bernama
11/03/2023
10:17 MYT
KPM sedia 18 inisiatif bantuan untuk pelajar terkesan banjir
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) di Mydin Bukit Mertajam hari ini. - Foto BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan 18 inisiatif bantuan kewangan khususnya untuk pelajar terkesan banjir, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina inisiatif itu hanya dapat diberikan selepas permohonan bantuan diterima kerana bantuan akan diberi mengikut keperluan pemohon.
"Bantuan bencana persekolahan kita (KPM) ada pelbagai... kita nak tengok nanti buka sekolah, kita nak lihat permohonan dikemukakan kepada sekolah iaitu JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) akan ambil kira.
"Contohnya, keadaan yang berlaku di Johor... kita ada 18 inisiatif kewangan yang boleh kita dahulukan untuk bantu mereka (pelajar), yang paling penting mereka dapat teruskan pembelajaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Back to School' anjuran Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser di sini hari ini.
Beliau berkata kawasan terjejas banjir selalunya akan berdepan isu berkaitan buku sekolah, pakaian seragam dan kebajikan lain yang diperlukan oleh pelajar terkesan.
Fadhlina berkata sehubungan itu, KPM telah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas (SPI) baharu berkenaan persiapan sekolah di minggu awal dengan penumpuan guru kepada program atau aktiviti suai kenal untuk pelajar selesa di sekolah.
Katanya pelajar terkesan banjir juga tidak perlu memakai pakaian seragam sekolah.
"Minggu awal persekolahan tidak perlu ada apa-apa pelajaran lagi, tumpu kepada aktiviti suai kenal dan untuk pelajar selesa di sekolah melibatkan guru-guru kelas dan ibu bapa," katanya.
Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM juga tidak bercadang menangguhkan sesi persekolahan 2023/2024 di kawasan terjejas banjir sebaliknya pelajar terlibat akan diberi pilihan belajar menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#bantuan untuk pelajar terkesan banjir
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan