awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Perdagangan Malaysia kekal momentum, berkembang 2.6 peratus pada Mei 2025
MALAYSIA
Jalan Kebun, Kota Kemuning banjir, warga emas terperangkap diselamatkan
DUNIA
60 peratus rakyat Amerika tidak setuju AS terlibat dalam konflik Israel-Iran - Tinjauan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

KPM tambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, mudahkan tugas guru

Bernama
Bernama
11/01/2024
03:30 MYT
KPM tambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, mudahkan tugas guru
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil beberapa langkah penting bagi meningkatkan pengoperasian Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang dikatakan perlahan sehingga menyukarkan guru terlibat untuk mengakses.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil beberapa langkah penting bagi meningkatkan pengoperasian Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang dikatakan perlahan sehingga menyukarkan guru terlibat untuk mengakses.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu termasuk menambah baik dan mengoptimumkan kod pengaturcaraan, meningkatkan kapasiti server dan melaksanakan tuning konfigurasi server.
"KPM prihatin mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru berkait dengan penggunaan SPPB. Pemantauan bagi pengoperasian SPPB dilaksanakan menerusi aplikasi Application Performance Monitoring (APM) secara berterusan.
"Hasil pemantauan mendapati terdapat peningkatan akses pengguna sehingga menyebabkan sistem keseluruhan menjadi perlahan disebabkan oleh pembacaan data yang tinggi," menurut kenyataan itu.
SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.
Menurut kenyataan itu KPM sentiasa berusaha meningkatkan pengoperasian sistem SPPB untuk membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai SPPB boleh dikemukakan dengan menghubungi talian hotline 03-8884 3632 atau menerusi ICT Service Desk (ISD) https://isd.moe.gov.my/. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPPB
#Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu
#Kementerian Pendidikan
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami