awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/12/2022
04:00 MYT
KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari
Keputusan untuk menangguhkan cadangan tersebut susulan mengambil kira aspek terhadap kebajikan guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk menangguhkan cadangan mengembalikan permulaan sesi persekolahan kepada bulan Januari.
Dalam satu kenyataan, KPM berkata, keputusan untuk menangguhkan cadangan tersebut susulan mengambil kira aspek terhadap kebajikan guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara.
"KPM turut mengambil kira pandangan daripada pemegang taruh untuk mengelakkan peperiksaan SPM diadakan pada bulan November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.
"Pelaksanaan peperiksaan SPM pada musim tengkujuh boleh menimbulkan tekanan kepada guru, petugas peperiksaan, murid dan ibu bapa terlibat.
"Apabila peperiksaan SPM diadakan pada Februari atau MAC, tempoh menunggu untuk calon terbabit untuk kemasukan universiti juga akan lebih pendek berbanding sebelum ini," ujarnya.
KPM bagaimanapun tidak menolak cadangan tersebut kerana berpandangan ia boleh dilaksanakan dengan memendekkan cuti persekolahan secara berperingkat bermula tahun 2023 sehingga 2026 dengan pematuhan kepada jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik.
KPM turut berikrar untuk sentiasa melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalender akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#pengajaran dan pembelajaran
#guru
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan