awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM teliti isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kawasan pedalaman kurang murid

Bernama
Bernama
24/02/2023
04:58 MYT
KPM teliti isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kawasan pedalaman kurang murid
Lim menjawab pertanyaan media pada Majlis Penyerahan Kunci Projek Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi meneliti isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan pedalaman negara ini yang mempunyai bilangan murid sikit.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata kementerian sedang mencari kaedah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu berkenaan agar sekolah Tamil di kawasan pedalaman dapat terus beroperasi.
"Ada beberapa sekolah yang kurang murid terutama di (kawasan) perladangan dan Felda. Ini kita akan teliti satu demi satu," katanya selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasamy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) M.Thulsi Thivani.
Difahamkan sebanyak 367 SJKT di negara ini mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang pada satu-satu masa.
Mengenai projek pemulihan dan penyelenggaraan sekolah dikategorikan sebagai projek 'sakit', Lim berkata terdapat beberapa punca mengakibatkan kelewatan persiapan termasuk kenaikan kos bahan mentah dan masalah pekerja kontraktor binaan.
Bagaimanapun, beliau berkata KPM terus memberi perhatian serius agar projek menaik taraf atau memindahkan ke bangunan sekolah baharu yang telah diluluskan kerajaan akan disegerakan.
"Setiap negeri, ada projek-projek sekolah sakit tersendiri, ini kita tidak menafikan. Banyak lagi projek masih dalam perancangan," katanya.
Sementara itu, SJKT Gunung Rapat yang dibina pada 1954 dan terletak di kawasan padat di tengah-tengah pekan Gunung Rapat, hari ini mendapat tapak dan bangunan baharu selepas 10 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
#kurang murid
#Timbalan Menteri Pendidikan
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan