awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM tumpu tujuh teras utama perkasa pendidikan negara

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/12/2022
08:03 MYT
KPM tumpu tujuh teras utama perkasa pendidikan negara
Fadhlina (tiga, kiri) berkata, soal komunikasi antara Kementerian dan sekolah akan diperkukuh bagi memastikan tiada jurang mahupun birokrasi terhadap pihak terlibat. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menumpukan tujuh teras utama dalam usaha untuk memperkasakan sektor pendidikan negara.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, soal komunikasi antara Kementerian dan sekolah akan diperkukuh bagi memastikan tiada jurang mahupun birokrasi terhadap pihak terlibat.
“Bagi mengurangkan kesenjangan birokrasi dalam urusan guru dan murid maka aduan, cadangan dan pertanyaan boleh dikemukakan terus melalui pelbagai saluran rasmi yang disediakan KPM.
“Ini termasuklah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), AduBuli, dan Kaunter Khidmat Pelanggan. Saya akan pastikan laporan berkaitan akan diambil tindakan,” katanya ketika Sidang Media Khas KPM di Putrajaya pada Khamis.
Selain itu, KPM juga akan memberi penekanan terhadap aspek akhlak dan integriti sebagai langkah untuk memerangi gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, ektremisme, gangsterisme, dan vandalisme.
Ujar Fadhlina, pihaknya juga tidak akan mengabaikan isu kemiskinan murid terhadap golongan sasar bermula dari keluarga B40 terdiri daripada aspek malnutrisi, keperluan peranti serta ruang pembelajaran.
[TERKINI] Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
“Saya akan kerjasama rapat dengan kementerian yang berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak dapat dibantu dengan wajar,” katanya lagi.
Dalam pada itu, isu keciciran murid dalam pendidikan juga akan diberikan perhatian terutamanya masalah literasi dan numerasi bagi merapatkan jurang dalam pendidikan negara.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata, KPM juga akan mengutamakan kebajikan warga pendidik berikutan golongan itu merupakan teras utama dalam pendidikan.
“Oleh itu, saya akan memastikan mereka diberi sokongan profesional berterusan yang sewajarnya dan tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi guru akibat bebanan tugas dan berada berjauhan dari pasangan,” jelasnya.
Melihat kepada sebahagian sekolah yang masih memerlukan perubahan infrastruktur, KPM juga akan meneliti sekolah-sekolah yang perlu dinaik taraf khususnya di Sabah dan Sarawak.
Selari dengan arus perubahan teknologi, Fadhlina berkata, keupayaan pendidikan digital juga akan terus dipertingkat termasuk menjalin kerjasama dengan pihak terlibat.
“Kementerian akan membuat libat urus bersama dengan agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan bawah KPM.
“KPM akan kemuka cadangan yang bersesuaian untuk pertimbangan Jemaah Menteri,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Fadhlina Sidek
#perkasa sektor pendidikan negara
#keperluan peranti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan