MALAYSIA
KPM tunggu laporan penuh kebakaran SM Sains Alam Shah, salur bantuan segera

Bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu laporan penuh berkenaan kejadian kebakaran di Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras, pagi ini.
Ringkasan AI
- KPM sedang menunggu laporan penuh mengenai kebakaran di SM Sains Alam Shah dan telah mengarahkan bantuan segera bagi memastikan kelangsungan sesi pembelajaran dalam keadaan kondusif.
- Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, namun keselamatan serta kebajikan pelajar dan guru tetap menjadi keutamaan pihak kementerian.
- KPM memperkenalkan kelonggaran dalam permohonan pertukaran guru, membolehkan mereka memohon selepas dua tahun tanpa syarat, berbanding tiga tahun sebelum ini, sambil mempertimbangkan aspek kekosongan jawatan serta keperluan pendidikan.
"Bantuan ini perlu bagi memastikan sesi persekolahan dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang baik serta lebih kondusif kepada pelajar dan guru," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampus Kejuruteraan USM di sini hari ini.
Beliau berkata KPM berduka cita dengan kejadian kebakaran itu dan bersyukur tiada kemalangan jiwa, namun keselamatan dan kebajikan guru serta pelajar sentiasa diberi keutamaan.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Sementara itu, Fadhlina berkata KPM sentiasa berusaha untuk menangani isu duka lara guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.
Beliau berkata terkini KPM memutuskan guru boleh memohon pertukaran selepas berkhidmat selama dua tahun tanpa sebarang syarat, berbanding sebelum ini memerlukan guru menunggu sekurang-kurangnya berkhidmat tiga tahun dengan syarat tertentu.
"Namun, kita juga kena ambil perhatian berkaitan dengan isu-isu yang tidak boleh menjejaskan ekosistem pendidikan, seperti melihat kepada kekosongan jawatan di tempat berkenaan.
"Keutamaan kita dalam menyusun keperluan pendidikan serta proses pertukaran guru ini di samping alasan lain ialah isu kesihatan dan isu keselamatan. Kita akan uruskan sebaiknya dan diminta cikgu-cikgu bersabar," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami