awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN jamin siasatan telus kes bunuh di Tawau

Bernama
Bernama
28/01/2023
15:00 MYT
KPN jamin siasatan telus kes bunuh di Tawau
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kes bunuh di Tawau, Sabah yang dipercayai melibatkan pegawai dan anggotanya akan dibuat secara telus. - Gambar fail/Sinar Harian
BANDAR PERMAISURI: Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kes bunuh di Tawau, Sabah yang dipercayai melibatkan pegawai dan anggotanya akan dibuat secara telus.
Beliau berkata siasatan yang dijalankan sendiri oleh pasukan khas dari Bukit Aman itu tidak akan mengambil kira apa juga status mereka yang terlibat dan undang-undang akan dikuatkuasakan terhadap mereka jika didapati bersalah.
"Oleh kerana ia melibatkan sensitiviti berkait dengan mereka yang terlibat, buat masa ini kita perlu buat siasatan yang terperinci kerana kita perlu betul-betul pasti dengan motif pelaku.
"Jika betul mereka terlibat, tindakan undang-undang tetap diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park di Setiu di sini hari ini
Beliau mengulas mengenai empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkaitan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dilaporkan berkata PDRM telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.
Sementara itu, mengenai penahanan beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis yang disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram di Dungun baru-baru ini, Acryl Sani berkata siasatan telus akan dilakukan dan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat.
"Kumpulan ini begitu ketara hingga mereka buat tindakan-tindakan (keterlaluan), hingga sanggup buat ugutan kepada polis sendiri. Jadi kita tidak boleh biar kegiatan seperti ini berleluasa," katanya.
Ditanya sama ada pihaknya mengesan kegiatan pertubuhan sama di negeri lain, beliau berkata setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh mengenai perkara itu.
Beliau berkata pihak polis menerima maklumat bahawa pertubuhan haram tersebut aktif di sekitar Dungun mulai 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh di Tawau
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan