awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN, KBS anjur Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022, platform pupuk perpaduan dalam sukan

Eton Khir
Eton Khir
05/11/2022
15:14 MYT
KPN, KBS anjur Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022, platform pupuk perpaduan dalam sukan
Halimah (tujuh dari kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada juara pasukan bola jaring dari negeri Sabah yang memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00, trofi berserta sijil dalam Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022.
BANGI: Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan menyemai semangat kerjasama berpasukan dan mengukuhkan jalinan perpaduan Keluarga Malaysia melalui platform sukan.
Program bermula jam 8 pagi di Uptown Sports Bandar Baru Bangi itu telah menerima penyertaan melebihi 12,000 peserta seluruh Malaysia yang berbilang kaum dan peringkat usia bagi dua acara utama program tersebut iaitu futsal dan bola jaring.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kolaborasi strategik itu bertepatan sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan syarat utama penyertaannya memerlukan setiap pasukan memenuhi kriteria kepelbagaian kaum.
Jelasnya, nilai toleransi dan kebersamaan yang wujud dalam acara sukan seperti ini adalah tunjang utama dalam membentuk Keluarga Malaysia yang sejahtera dan harmoni.
“Kolaborasi strategik antara KPN dan KBS ini merupakan salah satu usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan Keluarga Malaysia melalui bidang sukan.
“Bidang sukan adalah agen utama perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia dan medium seperti ini memberi ruang kepada kita untuk saling berinteraksi dalam suasana harmoni,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Johan bagi pertandingan futsal telah disandang oleh negeri Kedah dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000.00, trofi berserta sijil.
Manakala, Naib Johan dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi negeri Melaka dan Johor.
Selain itu, pertandingan bola jaring pula dimenangi oleh pasukan dari negeri Sabah yang turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000.00, trofi berserta sijil.
Disusuli, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga bagi acara bola jaring.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Topic Berkaitan
#KPN
#KBS
#Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia
#Datuk Halimah Mohamed Sadique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan