awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN nafi keluar kenyataan Sanjeevan ditembak rakan sendiri

Arfa Yunus
Arfa Yunus
31/07/2013
03:32 MYT
KPN nafi keluar kenyataan Sanjeevan ditembak rakan sendiri
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar malam tadi menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa cubaan bunuh Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R. Sri Sanjeevan pada Sabtu didalangi kawan mangsa sendiri.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Twitter milik beliau sekaligus menafikan laporan yang dibuat oleh sebuah laman portal berita.
In my pc at Sunway or anywhere else, I never said that Ss was murdered by his friends. FMT report is Not true.@PDRMsia
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 30, 2013
Menurut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Khalid berkata bahawa suspek merupakan rakan mangsa dan bukannya pembunuh upahan.
“Bukan, mereka bukan pembunuh upahan. Mereka adalah rakan mangsa sendiri,” kata Khalid menurut laporan laman portal itu.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, Sri Sanjeevan yang memandu kereta jenis BWM bersama seorang rakannya dilaporkan dalam perjalanan untuk minum petang sebelum ditembak dua lelaki menaiki motosikal ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka, Bahau.
Sanjeevan kini masih lagi menerima rawatan di Hospital Serdang dan polis akan membiarkan beliau pulih sepenuhnya sebelum mengambil kenyataannya untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Kenyataan
#Khalid Abu Bakar
#nafi
#sanjeevan
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan